Friday, October 18, 2024

Creating liberating content

Polis Bongkar Sindiket Penipuan...

Shah Alam – Mengunakan laman website www.nexusfx.com dan www.mymoorescapital.com untuk menjalankan kegiatan penipuan...

Kes Hotel FIC: Bekas...

PANAS... Skandal pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak yang...

Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman...

PERTAMA kali menghadapi kehamilan, Datuk Siti Nurhaliza ternyata begitu teruja menghadapi perubahan-perubahan yang...

Adinda Sultan Kelantan Buat...

KOTA BHARU - Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A’ishah Puteri membuat laporan polis...

2 Pengedar Dadah Dicekup, 54kg Ganja Dirampas

Serdang : Kegiatan dua lelaki mengedar ganja di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu ditumpaskan selepas ditahan pihak berkuasa bersama ganja seberat 54 kilogram di Bandar Kinrara di sini, 10 Julai lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kedua-dua lelaki berusia 30 dan 25 tahun berkenaan ditahan ketika ‘urus niaga’ ganja di tepi jalan jam 10.15 malam.

Katanya, pemeriksaan dilakukan terhadap kereta Proton Bezza dinaiki mereka turut menemukan 51 ketulan mampat seberat 54,219 kilogram dianggarkan bernilai RM168,029.

“Bekalan ganja yang dirampas itu dapat menampung penggunaan seramai 108,438 penagih dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, hari ini.

Anbalagan berkata, kedua-dua suspek terbabit yang baru berkenalan dipercayai berperanan sebagai pembekal dan ‘runner’ dengan bekalan ganja diperolehi dari negara jiran.

“Hasil soal siasat dilakukan, suspek kedua yang bekerja pembantu kedai makan mengaku diberi upah RM500 bagi setiap penghantaran dadah dibuat.

“Suspek pertama pula yang bekerja sebagai pemandu peribadi dipercayai berperanan sebagai pembekal (dadah).


“Kami percaya modus operandi sindiket ini adalah sentiasa mengubah lokasi ‘urus niaga’ dadah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas kereta Perodua Bezza yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mengedar dadah berkenaan.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati suspek pertama negatif dadah, manakala suspek kedua positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamin.

“Semakan rekod dilakukan mendapati suspek pertama tiada rekod jenayah, manakala suspek kedua mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan disambung semula selama lima hari sehingga 22 Julai lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

1 komen

  1. Fantastic beat I would like to apprentice while you amend your web site how could i subscribe for a blog site The account helped me a acceptable deal I had been a little bit acquainted of this your broadcast offered bright clear concept

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori