Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Mampu Tawan Dun...

MELAKA – Calon UMNO mampu melaksana tugas untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan...

6 Lelaki Ditahan Bantu...

MELAKA - Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian serangan ke...

Popov Yakin Kelantan Mampu...

KOTA BHARU - Ketua jurulatih Kelantan Velizar Emilov Popov yakin pasukannya akan membawa...

Syed Omar Tanpa Kuda,...

INCHEON - Atlet ekuestrian Malaysia Syed Omar Abu Bakar Al Mohdzar menarik diri...

42 Perjanjian Sempadan Darat, Maritim Dimeterai Malaysia Dengan Negara Jiran

KUALA LUMPUR : Kementerian Luar mengesahkan Malaysia sudah menandatangani keseluruhan 42 perjanjian berkaitan sempadan dengan beberapa negara jiran setakat ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia membabitkan 33 perjanjian berkaitan sempadan darat, manakala baki sembilan lagi untuk sempadan maritim.

Dalam konteks Indonesia, beliau berkata Malaysia sudah hampir memuktamadkan keseluruhan persempadanan darat dengan 94.2 peratus keluasan kawasan itu dimeterai melalui 22 perjanjian atau perjanjian persefahaman (MoU).

Ia membabitkan jarak sepanjang 1,943.2 kilometer (km) berbanding keseluruhan 2,064km kawasan persempadanan darat Malaysia-Indonesia.

Mengenai persempadanan maritim pula, katanya, Malaysia-Indonesia sudah memeterai Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi di Putrajaya pada 8 Jun 2023 dengan ia akan dikuatkuasakan dan dilaksana sepenuhnya selepas proses dalaman kedua-dua pihak disempurnakan kelak.

Untuk persempadanan darat Malaysia-Brunei pula, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau meliputi jarak sepanjang 528.45km sedang dalam proses rundingan bagi memuktamadkan sebarang perjanjian atau MoU.


“Ketika ini, kerja penandaan dan pengukuran di lapangan sudah berjaya dilaksanakan kedua-dua negara, meliputi jarak sepanjang 175.96km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jaraknya.

“Kedua-dua pihak sedang berusaha menyelesaikan isu persempadanan berpandukan garis masa dipersetujui, iaitu selewat-lewatnya pada 2034.

“Malaysia akan terus berunding dengan Indonesia dan Brunei melalui mekanisme dua hala sedia ada bagi memuktamadkan persempadanan darat dan maritim,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Henry Sum Agong (GPS-LAWAS) mengenai usaha menentukan garisan sempadan darat dan maritim antara Malaysia, Brunei dan Indonesia.

-Berita Harian

3 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori