KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 antara sembilan RUU yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, manakala lapan lagi RUU dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Lapan RUU dibentangkan Azalina merangkumi RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024, RUU Keterangan (Pindaan) 2024, RUU Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024, RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (Pindaan) 2024.
RUU lain yang dibentangkan membabitkan RUU Angkatan Tentera (Pindaan) 2024, RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)
(Pindaan) 2024, RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024.
Bacaan kali kedua bagi kesemua RUU akan dibuat pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini.
-Berita Harian
I loved as much as youll receive carried out right here The sketch is tasteful your authored material stylish nonetheless you command get bought an nervousness over that you wish be delivering the following unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike