Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Jerebu Jadi Bahan Politik...

KUALA LUMPUR - Hampir semua perkara mahu dipolitikkan parti pembangkang walaupun yang melibatkan...

“Saya Tak Pernah Lewat...

SEBELUM ini, juara program Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana pernah dikatakan mula...

1MDB Langsung Bukan Pihak...

ADALAH penting bagi rakyat Malaysia untuk tidak dipengaruhi oleh kenyataan yang dibuat oleh...

Melaka Perketat Prosedur Agihan...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan memperketat prosedur pengagihan baja percuma kepada petani...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Aliff berkata, tumpuan diberi kepada mengisi masa dengan berehat termasuk dalam aspek mental dan emosi.

“Kadang-kadang orang kata konon macam kitalah yang terpaling sedih… Tidak begitu. Saya manusia biasa yang ada banyak kesilapan. Jadi, saya ambil masa untuk berehat secara mental dan meluangkan masa dengan keluarga.

“Ada beberapa perkara yang sedang saya usahakan untuk perlahan-lahan bina kembali semangat dan lebih akrabkan hubungan dengan keluarga.

“Kebanyakan masa saya di Singapura bersama keluarga. Saya juga berulang alik ke Kuala Lumpur,” katanya ditemui sebaik prosiding kes khalwat berakhir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Pada masa sama, Aliff memaklumkan keputusannya berehat bukanlah bermaksud tiada tawaran lakonan yang diterima.


“Berehat itu bukan maksudnya menolak dan bukannya tiada tawaran. Saya pilih untuk bertenang sekejap supaya tidak terburu-buru buat apa-apa keputusan daripada segi kerjaya atau apa-apa. Jadi, saya lebih kepada berehat dan banyak menyanyi untuk menghiburkan hati,” katanya.

Aliff berkata dia masih mempunyai wang simpanan untuk meneruskan kehidupan.

“Alhamdulillah, saya masih ada wang simpanan. Iyalah, sebelum ini rezeki ada dan beberapa perkara yang saya tidak dapat hendak cakap. Apa-apapun doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, pagi tadi, Aliff dan Ruhainies yang diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani, masing-masing membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan hakim, Abu Suffian Abu Yaziz atas tuduhan khalwat.

Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(A) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (B) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori