Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Juga Tiada Kata-Kata...

PETALING JAYA - Pelakon Amar Baharin enggan mengulas apabila ditanya tentang kenyataan pelakon...

Mahu Fokus AJL, Haqiem...

PENYANYI yang semakin meningkat naik, Haqiem Rusli memohon maaf kepada para peminatnya kerana...

Murid Maut Dalam Tragedi...

SEORANG murid lelaki maut selepas terjatuh dari bas sedang bergerak akibat dipercayai terpijak...

FTA Malaysia-Turki Berkuatkuasa 1...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki (MTFTA) akan berkuat kuasa pada 1...

Bahan Letupan Ditemukan Dalam Kereta Suspek Penembak Trump

Pihak berkuasa menemukan bahan letupan dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 20 tahun yang didakwa cuba membunuh bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Pennsylvania, menurut beberapa laporan media pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penguatkuasa undang-undang dilapor menemukan bahan letupan itu semasa menyiasat kejadian tembakan pada Sabtu yang mencederakan Trump dan dua yang lain selain membunuh seorang peserta perhimpunan.

Dua bahan letupan itu ditemukan penyiasat dalam kenderaan suspek Thomas Matthew Crooks dan potensi bom ketiga di rumahnya, lapor New York Times.

Media lain turut melaporkan penemuan berkenaan tetapi berbeza mengenai jumlah bahan letupan dan sama ada ia merupakan bom atau bahan membuat bom.


Crooks ditembak mati oleh ejen Perkhidmatan Rahsia selepas dia melepaskan tembakan dari kedudukan tinggi di luar padang di Butler, Pennsylvania di mana Trump sedang berucap kepada penyokongnya menjelang pilihan raya Presiden pada November.

Pihak berkuasa masih belum menentukan motif serangan itu.

Penyerang itu dilaporkan menggunakan senjata api jenis AR-15 yang kerap digunakan dalam kejadian tembakan rambang di AS.

-Bernama-Anadolu

1 komen

  1. Usually I do not read article on blogs however I would like to say that this writeup very compelled me to take a look at and do so Your writing taste has been amazed me Thanks quite nice post

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori