Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Isu Tipu Pengeluaran KWSP:...

PUTRAJAYA - Tidak memahami syarat pengeluaran, sukar mendapat pinjaman dan tertekan dengan kos...

Penganggur Ditahan Miliki 600...

Kota Bharu : Seorang penganggur ditahan kerana memiliki 600 biji pil yaba yang...

David Beckham Lagi Suka...

DAVID Beckham merupakan legenda bola sepak dunia yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam bidangnya...

Penguasaan Kemahiran Teknikal, Vokasional...

TAIPING - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah penguasaan kemahiran teknikal...

Bekas Pelatih Henry Gurney Didakwa Bunuh Rakan Pelatih Tanpa Niat

Melaka : Bekas pelatih Sekolah Henry Gurney mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kematian rakan sepelatihnya empat tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Muhammad Daniel Akmal, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dibacakan dan diterangkan pertuduhan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan dia didakwa menyebabkan kematian Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan yang berusia 19 tahun ketika kejadian di Blok Hang Tuah, Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka Tengah pada 28 Januari 2020, antara 4.50 petang hingga 5.50 petang.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.


Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom tidak menawarkan sebarang jaminan. Tertuduh diwakili peguam K Shareveen.

Mahkamah kemudian menetapkan kes untuk sebutan pada 2 September depan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori