LONDON : Britain menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu, dan memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka bertambah buruk dalam masa singkat.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
“Berlaku tembakan balas artileri dan serangan udara yang kerap, ketegangan turut meningkat dan dijangka bertambah buruk dalam masa terdekat.
“Saya bekerjasama dengan pasukan konsulat pejabat asing untuk memastikan kami bersedia dalam semua senario, tetapi jika konflik semakin tegang, kerajaan tidak dapat memberi jaminan untuk memindahkan warga kita dengan segera.
“Mereka mungkin terpaksa berlindung di tempat yang dirasakan selamat,” kata Setiausaha Luar, David Lammy kepada Parlimen.
Lammy turut memberitahu, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindak Balas Kecemasan Kerajaan, dikenali sebagai COBRA, mengenai perkara itu.
“Mesej saya kepada warga Britain di Lubnan ringkas sahaja, tinggalkan (Lubnan),” katanya.
-Berita Harian