Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Menarik… Aiskrim Emas Dijual...

SIAPA sangka, emas yang kebiasaannya dijadikan barangan perhiasan rupa-rupanya boleh dimakan. Buktinya, pelbagai restoran mewah...

Katak Hidung Babi Dan...

BUKAN sahaja haiwan 'glamor' seperti singa dan gorila sahaja yang diancam kepupusan, malah...

GST Adalah Harus, Tegas...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa pelaksanaan Cukai...

Skuad Hoki Intai Penampilan...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki lelaki Malaysia kini mempunyai misi berbeza di Pusingan...

Gagal Isytihar Harta, Daim Mohon Kes Didengar Hakim Lain

Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 9 Ogos untuk mendengar permohonan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin supaya kes gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah dihadapinya, didengar hakim Mahkamah Sesyen lain di Kuala Lumpur.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Azrul Darus menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Fadhly Mohd Zamry memaklumkan pihaknya masih menunggu keputusan berhubung permohonan pemindahan kes yang difailkan Daim pada 7 Mei lepas.

“Sehubungan itu, saya memohon supaya tarikh pendengaran permohonan itu pada 9 Ogos ini,” kata Mohamad Fadhly semasa sebutan kes.

Mohamad Fadhly berkata afidavit balasan responden (pendakwaan) difailkan pada 23 Mei lepas manakala afidavit jawapan pemohon (Daim) pada 30 Mei.

Sementara itu, peguam M Puravelan yang mewakili Daim memohon supaya kehadiran anak guamnya dikecualikan pada 9 Ogos itu.

Bagaimanapun TPR Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah permohonan peguam itu dan memohon supaya Daim hadir untuk prosiding pendengaran nanti.


Azrul kemudian memerintahkan supaya kehadiran Daim pada 9 Ogos tidak dikecualikan.

Daim memfailkan permohonan untuk memindahkan kes pada 7 Mei lepas atas alasan antaranya terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan dan prejudis terhadapnya kerana kes isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid juga didengar di hadapan hakim sama (Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi).

Pada 29 Jan lepas, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, 86, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Na’imah, 66, pula didakwa pada 23 Jan lepas atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori