Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PDRM Laksana Pelbagai Pendekatan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkasa pelbagai pendekatan bagi memastikan...

PKR Mungkin Umum Satu...

TANGKAK: PKR mempertimbang untuk mengumumkan satu persatu calonnya bagi memberi mereka lebih masa...

Kerajaan Tetap Kurangkan Defisit...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan tetap mengurangkan defisit fiskal kepada 2.8 peratus daripada Keluaran...

Uganda Sahkan Enam Lagi...

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan...

Gas Bocor Di Kawasan Perindustrian Kerteh, Pekerja Cedera

Chukai : Seorang pekerja cedera manakala dua lagi selamat dalam kejadian kebocoran gas di kawasan Perindustrian Kerteh di sini petang tadi .

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Azman Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.05 petang

Menurutnya, seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan tiga jentera termasuk sebuah ‘water tanker’ bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita mendapati terdapat kebocoran gas hydrocarbon di bahagian paip dalam proses baik pulih oleh kontraktor yang dilantik.

“Anggota kami segera membuat semburan ‘cooling down’ pada paip yang bocor sehingga tekanan gas di dalam paip itu habis,” katanya ketika dihubungi di sini.


Azman berkata, kejadian itu menyebabkan seorang mangsa berusia 29 tahun cedera di bahagian betis akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri dan mangsa segera diberi rawatan.

“Dua lagi pekerja lelaki masing-masing berusia 23 dan 45 tahun terselamat dalam kejadian itu dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 5.28 petang.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

-Harian Metro

1 komen

  1. helloI like your writing very so much proportion we keep up a correspondence extra approximately your post on AOL I need an expert in this space to unravel my problem May be that is you Taking a look forward to see you

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori