MUNGKIN akan ada yang terasa bosan jika pada usia emas kebanyakan masa dihabiskan bersama anak-anak dan cucu-cicit di rumah semata-mata. Sebaliknya, perlu ada juga sekelumit masa diluangkan bersama rakan-rakan sebaya, apatah lagi bagi mereka yang pernah sama-sama meminati muzik punk rock sejak zaman remaja.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Justeru, Hausmania yang terletak di pusat bandar Oslo menjadi salah satu tempat pertemuan buat para punk rockers tua untuk saling bertanya khabar sambil menikmati muzik-muzik bingit yang mereka minati termasuk pada hujung minggu di ibu negara Norway itu.
Terletak di Hausmanns Gate 34, Oslo, Hausmania yang juga merupakan pusat sosial dan kebudayaan setempat yang dibuka sejak 1999 itu semakin menarik ramai warga emas setiap kali diadakan persembahan di situ. Ia terutamanya yang membabitkan kumpulan-kumpulan pemuzik terdiri daripada rakan-rakan yang sebaya usia dengan mereka.
“Terima kasih kerana sudi datang ke tempat kami ini. Jangan risau, anda tidak akan tua apabila bersama-sama dengan kami pada petang ini,” kata Harald Lange secara berseloroh kepada My News Hub semasa menyambut kedatangan penulis di pintu masuk Hausmania, baru-baru ini.
Harald yang telah pun berusia lebih separuh abad merupakan vokalis utama kumpulan punk rock veteran, Boyen Beng yang ditubuhkan di Asker, Norway pada tahun 1987 dan dia pula sempat merakamkan 13 buah album termasuklah album single sejak bersama kumpulan itu.
Pada petang itu, beliau telah mengadakan persembahan bersama anggota-anggota Boyen Beng yang lain termasuklah pemain biola mereka iaitu Silja Starbo yang berusia 67 tahun dan merupakan anggota yang paling tua dalam kumpulan tersebut.
Selain Boyen Beng, turut beraksi pada petang sehingga ke lewat malam itu adalah kumpulan Lazy Sodz, The Fects, Homer, Krumpznylt, Dromedary dan Sankung & Simon. Tiket bagi menyaksikan kesemua kumpulan tempatan itu berharga 200 Kroner (lebih kurang RM100) bagi setiap penonton.
Sementara itu, vokalis dan gitaris kumpulan Homer, Kim Aron Nilsen pula berkata, dia begitu bersemangat beraksi pada petang itu kerana lagu-lagu yang mereka persembahkan diterima bukan sahaja golongan sebaya usianya tetapi juga remaja belasan tahun.
“Kami telah merakamkan beberapa buah album tetapi hanya boleh didapati dan didengar melalui platfom Spotify. Tetapi ramai peminat yang memberi respon positif. Kalau boleh kami mahu menerbitkannya dalam format seperti CD (cakera padat) atau vinyl dan diedarkan di luar Norway, mungkin termasuk juga di Malaysia suatu hari nanti,” ujarnya.
Kira-kira 60 orang warga emas termasuklah lelaki dan wanita telah berada di Hausmania sejak awal petang lagi. Mereka yang kebanyakannya datang dari sekitar Oslo begitu rancak berbual sesama mereka sambil minum di Kafe Haerverk yang terletak berhampiran dengan pentas persembahan.
Banyak isu-isu semasa yang diperbualkan dan isu Palestin mungkin antara yang diperkatakan berdasarkan banyak bendera Palestin yang dikibarkan di Hausmania sebagai tanda simpati serta sokongan mereka terhadap penderitaan rakyat negara tersebut.
Biarpun hujan turun renyai-renyai sejak di awal persembahan dan suhu pula sekitar 16 darjah selsius tetapi ia tidak menghalang mereka menyanyi dan menari beramai-ramai bagi menghayati lagu-lagu yang dipersembahkan oleh kumpulan-kumpulan terbabit.
Malah, terdapat juga beberapa orang remaja belasan tahun yang turut serta menyaksikan persembahan pada petang itu yang mana ia telah menyaksikan bahawa jurang usia tidak menghalang mereka untuk sama-sama bergaul serta berhibur sesama sendiri.
Kebanyakan pemuzik yang beraksi pada petang itu turut menjual album-album mereka dalam bentuk CD dan piring hitam serta kemeja-t di suatu sudut depan pentas dengan harga yang berpatutan.
Selain pentas persembahan untuk para pemuzik eksperimental dan indie, Hausmania yang berkeluasan 5000 meter persegi itu turut menyediakan ruang pementasan teater buat para aktivisnya yang dikenali sebagai Grusomhetens, kafe Internet, ruang pameran dan kafe makanan berasaskan vegan yang dikenali sebagai Blackeyedbean.
Hausmania juga merupakan antara lokasi penting dalam perkembangan arena muzik punk di Oslo termasuk penganjuran pelbagai aktiviti yang berkaitan seni dan budaya indie di negara Nordik terbabit.
-Oleh ABDUL AZIZ ITAR
Hi i think that i saw you visited my web site thus i came to Return the favore I am attempting to find things to improve my web siteI suppose its ok to use some of your ideas
I was suggested this web site by my cousin Im not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my trouble You are incredible Thanks
helloI really like your writing so a lot share we keep up a correspondence extra approximately your post on AOL I need an expert in this house to unravel my problem May be that is you Taking a look ahead to see you