Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jerebu: Kualiti Udara Seluruh...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di seluruh negara terus bertambah baik dengan kebanyakan...

Kesan Tapak Kaki Dipercayai...

JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor mengesahkan tapak...

Klip Video Zamani Disebar...

KLIP video yang memaparkan vokalis kumpulan Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan tangan bergari...

Langgar Kontrak: Disney, Fox...

NEW YORK - Walt Disney dan Twenty-First Century Fox Inc disaman lebih AS$1...

Insiden ‘Serang’ Balai Polis Pekan Nanas Cuma Latihan Simulasi

Johor Bahru : Polis Johor mengesahkan pihaknya sedang melaksanakan latih amal simulasi gemparan am di semua balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di bawah kontinjen itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, latih amal itu dilaksanakan bermula 2 Julai lalu hingga 5 Ogos depan.

Beliau berkata, latihan itu dilaksanakan mengikut perintah tetap Ketua Polis Negara (PTKPN A124) bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan perancangan dan tindakan Polis Johor dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.

“Latih amal simulasi itu dibuat untuk kita pastikan semua pegawai dan anggota Polis Johor dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi situasi krisis,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kumar berkata demikian sebagai mengulas video yang tular di aplikasi Telegram memaparkan sekumpulan lelaki bersenjata ‘menyerang’ sebuah balai polis.


Dalam video berdurasi 13 saat itu, lebih lima lelaki dilihat membawa senjata dipercayai kayu atau besi dilihat sedang ‘menyerang’ Balai Polis Pekan Nenas di bawah IPD Pontian pada Khamis lalu.

Sehubugan itu, Kumar menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan terpengaruh dengan khabar angin serta video latih amal yang ditularkan melalui media sosial itu.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu berkaitan latih amal ini kerana ia boleh mendatangkan kegusaran dan menganggu gugat ketenteraman awam,” katanya.

-Harian Metro

1 komen

  1. I was just as enthralled by your work as I was. Your sketch is stylish, and your written content is accurate. Although you are concerned about possibly distributing something illicit soon, I am confident that you will address this problem swiftly and return to your normal high ideals.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori