Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

B.Inggeris: Adenan Minta Pengkritik...

BAU - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meminta pihak yang mengkritik...

Ahmad Zahid Tiba Di...

JAKARTA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

MP PAS Bimbang Menu...

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen...

Video Nyanyian Fynn Jamal...

SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi dan pemuisi Fynn Jamal makin meningkat popularitinya di kalangan...

Iran Sahkan Pembunuhan Haniyeh, Siasatan Sedang Dijalankan

ANKARA : Kementerian Luar Negeri Iran hari ini mengesahkan kematian Ismail Haniyeh, ketua kumpulan Hamas, dengan menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran, Nasser Kanani mengucapkan takziah atas kesyahidan Ismail Haniyeh kepada bangsa Palestin yang berbangga.

Beliau menegaskan bahawa “siasatan ke atas butiran insiden itu oleh institusi berkaitan Republik Islam Iran sedang dijalankan.”

“Kesyahidan saudara Ismail Haniyeh di Tehran akan mengukuhkan ikatan yang mendalam dan tidak terputus antara Republik Islam Iran dan Palestin serta Pergerakan Penentangan yang dikasihi,” kata Kanani.

Sementara itu, parlimen Iran mengumumkan bahawa ia akan mengadakan mesyuarat luar biasa berikutan pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.


Dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Agensi Berita Mehr Iran, jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Negara parlimen, Ebrahim Rezaei berkata parlimen “akan mengadakan mesyuarat mengenai insiden ini dengan kehadiran semua institusi berkaitan dan hasilnya akan didedahkan kepada umum.”

Kumpulan Hamas sebelum ini mengesahkan kematian Haniyeh dalam “pembunuhan khianat” di Tehran.

Israel belum membuat sebarang pengumuman mengenai pembunuhan itu.

-BERNAMA-ANADOLU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori