Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita Kongsi Kisah Dibantu...

NILAI kemanusiaan ternyata masih lagi menebal dalam diri sesetengah rakyat Malaysia. Insiden yang menimpa...

Peniaga Pasar Awam Gembira...

BUTTERWORTH - Peniaga di Pasar Awam Seberang Jaya jelas gembira dengan keprihatinan Tan...

Program JBD Akan Dilaksanakan...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia melaksanakan Program Jimat...

443,794 Calon Ambil UPSR...

PUTRAJAYA - Seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 bermula...

Isteri MP Tasek Gelugor, Wan Saiful Meninggal Dunia

Kuala Lumpur: Isteri kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, Datin Alena Omar meninggal dunia, hari ini akibat kanser.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pegawai Wan Saiful, Fazlan Shah Abd Rahman memaklumkan, Allahyarham meninggal jam 3.07 petang di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

“Jenazah akan disempurnakan di IKN. Solat jenazah akan diadakan di Masjid Kariah Sungai Sekamat, Batu 12, Jalan Cheras, Kajang pada jam 5.15 petang.

“Seterusnya, urusan pengebumian akan dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Jalan Sungai Sekamat,” katanya.


Bulan lalu, Wan Saiful, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, memaklumkan isterinya menghidap kanser usus tahap empat dan ketika itu dirawat di hospital di ibu negara.

Wan Saiful dilapor berkata, isterinya sudah lama menghidap kanser usus dan menjalani rawatan kimoterapi sejak 2020.

Katanya, keadaan isteri beliau kritikal kerana kanser sudah merebak ke beberapa organ lain.

HarianMetro-

1 komen

  1. helloI really like your writing so a lot share we keep up a correspondence extra approximately your post on AOL I need an expert in this house to unravel my problem May be that is you Taking a look ahead to see you

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori