Tuesday, July 9, 2024

Creating liberating content

Nurul Izzah Perlu ‘Move...

SAYA membaca bantahan ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar terhadap pelantikan...

Belum Mahu Bercinta, Amira...

KETIKA usinya menjangkau 25 tahun, ia langsung tidak membuatkan penyanyi dan pelakon Amira...

Aset UMNO Untuk Terus...

SEREMBAN – UMNO memiliki aset dan harta di seluruh negara, yang nilainya berjumlah...

Pengangur Curi Mainan Tranformers...

PETALING JAYA - Tindakan seorang lelaki yang mencuri set permainan 'Transformers' membawa padah...

JKM Dalam Proses Sedia Laporan Berkaitan Adik Zayn Rayyan

Kuala Lumpur : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih dalam proses menyediakan laporan pihak berkenaan berkaitan adik kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin yang kini dalam jagaan JKM.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, seperti sedia maklum, JKM mendapat perintah daripada mahkamah untuk menempatkan kanak-kanak ituKebajikan selama dua bulan.

“Adik kepada Zayn akan berada di situ sehingga Ogos ini dan kita masih dalam proses menyediakan laporan pihak pihak berkenaan.

“Selepas itu kita akan menunggu pihak mahkamah nanti yang akan menentukan keputusannya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan adik kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan ditempatkan di Institusi Kebajikan selama dua bulan.

Ia selepas JKM mendapat Perintah Jagaan Sementara mengikut Seksyen 25(2), Akta Kanak-kanak 2001 dari Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.


Azmir dilaporkan berkata, kanak-kanak itu akan ditempatkan di Institusi Kebajikan bagi tempoh dua bulan sementara penyediaan laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai lengkap.

Terdahulu ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori