Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KJ Sahut Cabaran Ku...

NADA berbeza dilontarkan dua calon yang bertanding jawatan Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin dan...

Tiga Lagi Anjung Kasih...

SERDANG - Sebanyak tiga buah Anjung Kasih dijangka siap dibina tahun depan menjadikan...

Laluan Gantung Berlantai Kaca...

BAGI mereka yang sukakan cabaran, laluan gantung berlantai kaca atau Rainbow Skywalk di...

Sabah Tetap Komited Usaha...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah terus komited untuk meneruskan pembangunan mampan melalui perancangan...

KDN Kaji Sistem NBCS, Perkasa Kawalan Sempadan Guna AI

KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara (NBCS) bagi memperkasa penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kawalan keselamatan sempadan negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata cadangan pembangunan NBCS ini sebahagian langkah strategik KDN dalam memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara melalui teknologi terkini selari dengan perkembangan teknologi semasa dunia.

Beliau berkata, sistem ini akan dilengkapi sistem pengawasan terkini dan teknologi AI bagi membolehkan operasi tanpa pengawasan, proses kawalan pintar, penyebaran maklumat secara pantas dengan masa sebenar dan pengawasan berterusan demi keamanan, kestabilan dan keharmonian negara.

“Penggunaan berasaskan teknologi AI ini akan membolehkan pengesanan objek dilaksanakan dengan efektif, selain dapat mengelakkan penggera palsu serta ia dapat membantu pasukan keselamatan dalam membuat keputusan untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan kawalan keselamatan di sempadan.

“Buat masa ini KDN dalam pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan penggunaan sistem NBCS di bawah peruntukan Rolling Plan ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) mengenai apakah inisiatif kementerian bagi meningkatkan penggunaan teknologi, terutamanya melibatkan AI dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara untuk mengurangkan risiko berlakunya ancaman jenayah kepada negara.

Shamsul Anuar berkata, kajian ini dilaksanakan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) melalui pelantikan pasukan penyelidik serta pakar daripada universiti awam yang telah bermula pada 7 September 2023 dan tempoh kajian adalah selama 14 bulan yang dijangka berakhir November ini.

Menjawab soalan tambahan Adnan mengenai adakah kementerian bercadang menaik taraf kemudahan di pintu masuk negara dengan menggunakan sistem pengecaman muka, Shamsul Anuar memaklumkan KDN kini sedang membangunkan sistem biometrik dengan keupayaan AI iaitu Automatic Biometric Identification System (ABIS) dan ia dijangka sedia untuk digunakan pada tahun 2026.

–Bernama

2 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori