Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Fifty Shades Of Grey...

SEGELINTIR peminat filem romantik melahirkan kecewa apabila naskah adaptasi dari novel terlaris, Fifty Shades...

Agrobank Tak Lulus Pembiayaan...

AGROBANK Wilayah Pahang tidak pernah meluluskan permohonan pembiayaan kewangan kepada pekebun yang ingin...

2 Lelaki Ditahan Seleweng...

Padawan : Dua lelaki tempatan ditahan ketika melakukan pemindahan 18,700 liter diesel daripada...

PBT Negeri Sembilan Disaran...

SEREMBAN - Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan disaran supaya menganjurkan bazar Deepavali...

KDN Perbaiki 7 Rating Negatif Laporan Pemerdagangan Manusia

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperbaiki tujuh rating negatif dinyatakan Laporan Pemerdagangan Manusia diterbitkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam usaha Malaysia mencapai Tier 1 seperti disasarkan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasuiton Ismail, berkata usaha penambahbaikan ke atas 16 perkara dinyatakan dalam laporan itu sedang dilakukan dengan tindakan berkenaan adalah tumpuan utama KDN ketika ini.

Beliau menerusi sesi penjelasan Laporan Jabatan Negara AS di Dewan Rakyat hari ini, bagaimanapun tidak mendedahkan perincian mengenai penambahbaikan sedang dilakukan KDN.

“Strategi kita ialah lapan (rating) yang kita capai sebagai penilaian positif (dalam Laporan Jabatan Negara AS) perlu dipertahankan, selain akan ditambah baik lagi.

“Selain itu, ada juga 16 aspek penambahbaikan dan daripada strategi untuk mecapai Tier 1, kita sedang memperhalusinya dan bakal mencapai sasaran, jika semuanya ditambah baik,” katanya.

BH minggu lalu melaporkan, Malaysia kini disenaraikan pada kedudukan Tier 2 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2024 dengan kali terakhir berada pada ranking itu pada 2017.

Malaysia menerusi laporan sama pada 2023 dikategorikan pada Tier 2 Pemerhatian.


Memperincikan lapan rating positif diterima Malaysia, Saifuddin berkata, ia termasuk bilangan penyiasatan, menjelaskan lebih banyak kes, kertas siasatan, pertuduhan dan sabitan berkaitan aktiviti pemerdagangan manusia yang dikesan di negara ini.

Katanya, Malaysia turut menerima rating positif bagi aspek peningkatan program kesedaran dengan perkara berkaitan aktiviti itu dibincangkan menerusi pelbagai platform secara lebih meluas.

“(Namun) ada juga kita dimasukkan sebagai aspek negatif, misalnya jurang antara bilangan mangsa dilaporkan berbanding diselamatkan.

“(Mangsa) dilaporkan satu bab, yang diselamatkan pula perkara lain. Bila wujud jurang, bermaksud kita perlu perbaiki lagi bilangan (mangsa) yang dikenal pasti untuk diselamatkan.

“Ada juga teguran negatif kerana masih wujud isu rasuah dan salah laku (membabitkan) pihak berkuasa. Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering sebut kepentingan aspek ini diberi perhatian serius.

“Di pihak kerajaan, ada kesannya dalam kes ini (termasuk) apabila dilaporkan masih berlaku masalah integriti (membabitkan) agensi penguat kuasa dan ia perlu diberi perhatian,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori