Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MAS Teruskan Promosi Pameran...

KUALA LUMPUR - Promosi pameran pengembaraan MATTA Malaysia Airlines (MAS) masih boleh didapati...

AirAsia X Akan Terbang...

AIRASIA X Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh terkemuka, akan memulakan penerbangan...

Malaysia Catat Lebih 20...

KUALA LUMPUR - Seramai 20.1 juta pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia sepanjang tahun...

Masjid Di UK Buka...

LONDON - Masjid di United Kingdom (UK) dan Ireland membuka rumah ibadat itu...

Keluarga Terjebak Dadah, Budak 4 Tahun Tidur Bersama Longgokan Sampah

KUALA LUMPUR – Akibat keluarga terjebak dadah, seorang kanak-kanak berusia empat tahun terpaksa hidup dalam rumah yang dipenuhi longgokan sampah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Paparan video memilukan itu tular di media sosial TikTok yang dimuat naik @shanizam9910, pada Jumaat.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 24 saat itu, didapati segenap ruang rumah dipenuhi longgokan sampah plastik, kertas, kotak-kotak, pakaian yang tergantung selain keadaan tilam yang kotor.

Perkara itu terbongkar selepas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melakukan lawatan dan program bagi mendekati masyarakat di Tanah Merah, Kelantan.

Jurucakap AADK ketika dihubungi berkata, rumah itu dikesan secara kebetulan selepas terdengar kanak-kanak menangis semasa melalui kawasan terbabit.

“Anggota kami (AADK) terus pergi ke rumah terbabit untuk pemeriksaan dan mendapati setiap ruang bilik hingga ke dapur kediaman itu dipenuhi longgokan sampah.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun turut ditemui di dalam rumah itu dalam keadaan tidak terurus dan amat menyedihkan,” katanya pada Ahad.


Selain itu, kata Jurucakap AADK, turut menghuni kediaman itu adalah seorang wanita dan juga anak remajanya berusia 18 tahun.

Tambahnya, berikutan itu, AADK segera menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga terbabit serta menyelamatkan kanak-kanak kecil itu untuk rawatan selain penjagaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati abang kanak-kanak itu positif dadah, manakala ibunya difahamkan mengalami masalah kemurungan emosi akibat perceraian sebelum ini,” ujarnya.

Menurut AADK lagi, pihaknya turut membantu remaja terbabit melalui Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti bagi memulihkan masalah penagihan.

“Selain itu, AADK dan JKM turut bergotong-royong melakukan khidmat masyarakat dengan membersihkan rumah berkenaan supaya ia selamat dihuni keluarga itu,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, kes itu dilaporkan berlaku pada Februari tahun lalu.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori