Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul...

Gempa Sulawesi : Jambatan...

KOTA PALU (Sulawesi) - Jambatan Palu IV, binaan ikonik Kota Palu yang sering...

Ariff AB, Artis Yang...

KUALA LUMPUR - Ariff Abu Bakar tidak pernah menyangka menjadi artis bebas di...

RM380,000 Baiki Sekolah Akibat...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak RM380,000 peruntukan diperlukan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi...

KPDN Bakal Perkenal Kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’

PUTRAJAYA: Kerajaan bakal memperkenalkan kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’ bagi mempertingkat kesedaran rakyat mengenai kepentingan amalan pemakanan sihat melalui pengurangan pengambilan gula dalam diet harian.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, berkata beliau telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan restoran dan wakil industri, hari ini, untuk merangka kempen berkenaan.

Antara yang terbabit dalam sesi libat urus itu ialah Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) serta Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).

“Inisiatif ini dirangka khusus bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Di samping itu, membantu mengurangkan kos rawatan dan perubatan susulan penyakit yang berpunca daripada tabiat pemakanan tidak sihat serta tidak seimbang, terutama kandungan gula berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Fuziah berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) prihatin terhadap laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang mendapati satu daripada enam individu dewasa atau 15.6 peratus populasi dewasa di negara ini didiagnoskan sebagai penghidap penyakit diabetes.

Sehubungan itu, beliau berkata, KPDN komited mengusahakan langkah preventif, bermula dari peringkat pengguna dan pengusaha makanan bermasak.

Katanya, kempen berkenaan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori