Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Najib Tak Pernah Dengar...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Razak mendakwa tidak pernah dengar syarikat judi...

5 Rakyat Malaysia Selamat...

PUTRAJAYA – Lima orang rakyat Malaysia yang mendiami Torch Tower di Dubai selamat...

1MDB: Shafie Apdal Beri...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir ke...

Video: Ibu Berang Acu...

DISEBABKAN seorang tukang gunting rambut (barber) di sebuah salon di Cleveland, Amerika Syarikat...

KPM, KPT Bekerjasama Perkasa Kolej Tingkatan Enam

KUALA LUMPUR: Kerjasama silang antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang giat dilakukan bagi memastikan inisiatif memperkasa Kolej Tingkatan Enam pada tahun depan berjalan lancar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata antara program khusus yang akan dilaksanakan itu adalah Kolej Tingkatan Enam Premium.

Katanya, program itu bertujuan meneruskan kegemilangan dan sekali gus menyahut menyambut hasrat kerajaan melihat Tingkatan Enam menjadi antara arus pendidikan utama piihan.

“Tahun hadapan kita akan memberi tumpuan kepada anak-anak Tingkatan Enam berkenaan khususnya bagi memastikan mereka diberikan keutamaan dalam konteks untuk memastikan dari segi hala tuju dan juga meningkatkan mutu serta kualiti pendidikan,” katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan ‘Malaysian University English Test’ (MUET) 2023,di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di sini, hari ini.

Keputusan STPM 2023 yang diumum hari ini mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.84, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.


Selain itu seramai 1,116 calon atau 2.7 peratus meraih PNGK 4.00 iaitu penurunan 68 calon berbanding 1,184 pada 2022.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata pengumuman lanjut berkenaan inisiatif berkenaan akan diumumkan selepas proses penyelarasan mengenainya selesai dilakukan.

Katanya, antara cadangan lain yang akan diperhalusi termasuk pemberian elaun kepada pelajar-pelajar Tingkatan Enam.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori