Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Rakaman CCTV Dedah Bapa...

ANAK perempuan seorang pesakit demensia yang dipukul dan ditarik oleh penjaganya meluahkan rasa...

Anwar Desak Usul Kertas...

KUALA LUMPUR - Isu Kertas Pandora menghangatkan sesi pagi persidangan Dewan Rakyat, hari...

FAM Dinobat Persatuan Sukan...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persatuan...

Teruja Jaringkan Gol, Aksi...

AKIBAT terlalu teruja dengan jaringan gol yang dilakukannya, seorang pemain bola sepak muda...

Lelaki Bunuh Ibu Kandung Diarah Diperiksa, Dipantau Di Hospital Permai

Jempol : Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang membunuh ibu kandungnya dalam kejadian pada 25 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Juara, Bahau diarah menjalani pemeriksaan psikiatri sebelum didakwa atas pertuduhan itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret Norshazwani Ishak membuat perintah itu terhadap Lai Jun Yong, 33 selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Farahidah Zool Beri sebaik tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, dekat sini, hari ini.

Farahidah membuat permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh dihantar untuk menjalani pemeriksaan mental.

“Memandangkan orang kena tuduh (OKT) disyaki tidak sempurna akal, pada hemat pendakwaan memohon pihak mahkamah mengikut kuasa yang diperuntukkan dalam seksyen itu untuk OKT ini dirujuk ke hospital bagi penilaian mental sebelum pengakuan direkodkan,” katanya.

Tertuduh berdepan pertuduhan dengan melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian ibunya berusia 63 tahun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Mahkamah seterusnya memerintahkan tertuduh menjalani pemantauan dan pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor selama sebulan.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos ini bagi laporan penilaian dan sebutan kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita maut dibunuh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental.

Suspek dan mangsa sebelum itu dipercayai bertengkar dan kemudian berlaku pergelutan, tiada kecederaan disebabkan senjata tajam.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori