Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nurulain Mahu Cincang Anak,...

SANGAT mengejutkan apabila sebuah printscreen menjadi viral menerusi Internet dan lebih malang lagi ialah...

Orang Muda Jadikan Politik...

KUALA LUMPUR – Landskap politik negara diramal bakal mengalami perubahan dengan usul meminda...

India Rekod 7,579 Kes...

NEW DELHI: India merekodkan 7,579 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas,...

MTUC Pertahan Caj Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - "Caj perkhidmatan 10 peratus amat bermakna kepada pekerja industri perhotelan...

Lelaki Curi Kenderaan, Miliki Pistol Tiruan

Subang Jaya : Polis menahan lelaki, dipercayai mencuri kenderaan dan memiliki pistol tiruan di Jalan Persiaran Kewajipan, di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sepasukan polis daripada Balai Polis USJ 8 membuat rondaan di lokasi itu sebelum terserempak dengan lelaki terbabit pada 3.05 pagi, 24 Julai lalu.

“Lelaki berusia 21 tahun itu ditemui berada di dalam kereta Perodua Myvi yang diletakkan di tepi jalan berdekatan dengan sebuah kedai tayar.

“Hasil pemeriksaan dilakukan terhadap kereta berkenaan mendapati pintu depan kiri terbuka dan cermin pintu kiri penumpang dipecahkan. Didapati juga kereta itu bukan milik lelaki terbabit,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap suspek pula menjumpai beberapa alat pecah kenderaan, pistol tiruan, pisau lipat, kelopak peluru dan buku lima.


“Suspek yang tidak bekerja itu kemudian ditahan dan barang yang ditemui ketika pemeriksaan dirampas untuk tindakan lanjut. Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan, Seksyen 36 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman selama enam hari terhadapnya tamat,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori