Friday, October 18, 2024

Creating liberating content

Usah Fitnah Zakir, Jangan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan orang ramai...

Dana Politik Yang Diterima...

KEPALA BATAS - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata...

Keracunan Makanan: 3 Kes...

KUALA LUMPUR – Bilangan kes keracunan makanan (KRM) disyaki berpunca daripada memakan laksa...

Kedah Bentang Bajet 2017...

ALOR SETAR - Kedah membentangkan Bajet 2017 berjumlah RM1.06 bilion dengan defisit RM75.5...

Lelaki Larikan Dua Kanak-kanak Didakwa Di Mahkamah Esok

Kuala Lumpur: Lelaki yang melarikan dua kanak-kanak perempuan di Taman Ikan Emas, Jeram, Kuala Selangor, pada 19 Julai lalu akan didakwa atas tuduhan itu esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peniaga pisang goreng berusia 32 tahun terbabit sebelum ini ditahan di Jalan Pawang Jalil, Jeram, selepas dua hari melarikan kanak-kanak berkenaan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan lengkap dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Negeri Selangor, semalam.

“Polis mendapat arahan tuduh untuk dua kesalahan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan kanak-kanak daripada jagaan sah.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar pada 9 pagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan pemandu Perodua Bezza yang ‘melarikan’ dua kanak-kanak perempuan berjaya ditahan polis awal pagi 21 Julai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin dilaporkan berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah di rumahnya di Jeram, kira-kira 2.40 pagi.

Sebelum itu, tular di media sosial berkaitan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 8 dan 6 tahun dilarikan seorang lelaki memandu Perodua Bezza berwarna hitam.

Mereka kemudian ditemui dalam keadaan selamat di Taman Kelisa berhampiran rumah mangsa jam 7.45 malam, kira-kira sejam selepas dilaporkan hilang.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori