Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Covid-19 Jadi Alasan Majikan...

TANPA berselindung Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui...

Mayat Pertama Pelajar Lemas...

BESUT - Mayat pelajar tingkatan satu yang lemas di Pantai Bukit Keluang, di...

Lebuh Raya GCE Ditutup...

SHAH ALAM – Populariti laluan khas motosikal di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dalam...

Zambry Pantau Rapi Persediaan...

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata...

Mahkamah Tolak Permohonan Reman Papagomo

Tidak sampai 24 jam selepas ditahan, aktivis Perikatan Nasional (PN) Wan Muhammad Azri Wan Deris dilepaskan semula 12 tengah hari tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dia sebelum ini ditahan polis dari Bukit Aman selepas menghadiri perbicaraan kes hasutan di mahkamah semalam.

Muhammad Azri yang lebih dikenali sebagai Papagomo dibebaskan selepas permohonan reman terhadapnya ditolak oleh Mahkamah Reman IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali mengesahkan anak guamnya dilepaskan.

“Permohonan reman selama empat hari diadakan lebih kurang 10.30 pagi.


“Pegawai penyiasat memaklumkan siasatan terhadap Papagomo adalah dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Laporan polis terhadap Papagomo adalah mengenai video Tik Tok menyentuh Yang Di-Pertuan Agong.

“Pihak pembelaan membantah permohonan. Setelah mendengar kedua-dua pihak, majistret menolak permohonan reman kerana tiada alasan kukuh untuk memberi reman,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Papagomo ditahan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta selepas hadir perbicaraan hari kedua susulan pertuduhan menghasut, termasuk dengan menuduh kerajaan sebagai pro-Israel dan pro-Barat.

Papagomo turut berdepan pertuduhan menghasut lain dalam isu jualan stoking bertulis kalimah Allah oleh kedai runcit KK Mart.

-Malaysia Kini

1 komen

  1. certainly like your website but you need to take a look at the spelling on quite a few of your posts Many of them are rife with spelling problems and I find it very troublesome to inform the reality nevertheless I will definitely come back again

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori