Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

KJ Gesa UMNO Adakan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini menggesa...

Isu ICERD: Menteri Tidak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui menteri tidak sensitif apabila mengeluarkan...

Aset, Anggota APMM Akan...

LANGKAWI - Aset dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan ditambah dalam...

PPR Tehel Beri Sinar...

JASIN – Ketika orang lain nyenyak tidur dibuai mimpi, L. Selah (wanita) seorang...

Majlis Raja-Raja Perkenan Bentang Pindaan Perlembagaan Berkait Kewarganegaraan

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan peruntukan membabitkan isu kewarganegaraan dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi mesyuarat akan datang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia selepas Majlis Raja-Raja memberikan perkenan untuk pembentangan di Dewan Rakyat, selepas ia dibentangkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ruji Ubi semalam.

Justeru, katanya proses pembentangan di peringkat Parlimen boleh dimulakan pada sesi pembentangan Bajet 2025 akan datang yang dijadual berlangsung antara 14 Oktober hingga 12 Disember depan.

“Dalam pertemuan dengan Majlis Raja-Raja semalam, KDN juga memaklumkan mengenai maklum balas daripada pihak SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) telah diperoleh.

“Sebelum itu, saya dan KSU KDN juga mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SUHAKAM, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dan kami meneliti satu persatu fasal-fasal pindaan yang membabitkan sembilan perkara itu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di KDN hari ini.


Media sebelum ini melaporkan Jabatan Peguam Negara sedang merangka draf cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan anak dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan wanita rakyat tempatan dengan lelaki warga asing.

Draf itu dibuat bagi meminda Perkara 14(1)(b) untuk memasukkan perkataan ibu dengan tujuan membolehkan kewarganegaraan anak diperoleh secara kuat kuasa undang-undang.

Jemaah Menteri pada 8 Mac lalu dilaporkan bersetuju membuat pindaan membabitkan lapan perkara ke atas Perlembagaan menyentuh peruntukan mengenai pemberian hak kewarganegaraan.

Antara fasal pindaan termasuk membabitkan bayi terdampar (foundling baby) dan seseorang yang lahir di negara ini, tetapi tidak ada kerakyatan mana-mana negara.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori