Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Op Tropicana: SPRM, BNM...

Putrajaya : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjejaki aset dan wang,...

Ayda Jebat Akui Sedih...

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL2015) telah selamat melabuhkan tirainya yang menyaksikan...

Mat Sabu Berada Di...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kini berada di Amerika Syarikat untuk...

Remaja Disambar Buaya Bantu...

Kuching : Remaja lelaki dilaporkan hilang selepas disambar buaya di sungai di Samariang,...

Maritim Aktifkan Carilamat Perlanggaran Dua Kapal Di Tanjung Balau

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat), susulan insiden perlanggaran kapal MT Hafnia Nile dan MT Ceres 1 pada awal pagi Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim, Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, insiden perlanggaran dua kapal itu berlaku di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau pada jam 6.55 pagi tadi.

Menurutnya, susulan itu satu Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili, dekat sini bagi mengkordinasikan pencarian.

“Pihak Maritime Rescue Sub Center (MRSC) juga telah mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Niah, Bot Perkara 29, bot Petir12 dari Maritim Malaysia, KD Gempita dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 ke lokasi kejadian untuk tindakan Carilamat kedua-dua kapal tersebut.

“Bot Perkasa 29 yang tiba ke lokasi pada jam 9.50 pagi telah menemukan kedua-dua kapal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Dalam pada itu, Saiful Lizan berkata, insiden terbabit juga telah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai persediaan untuk tindakan lanjut sekiranya berlaku tumpahan minyak.

“Selain itu, kita turut mengarahkan pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar Maritime Base (ABMB) untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran.

“Satu sidang akhbar akan diadakan di Tanjung Sedili pada Sabtu dan segala perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari masa ke masa,” katanya.

SinarHarian-

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori