Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MAHB Ada Hak Kekalkan...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) mempunyai hak untuk mengekalkan jenama...

Perogol Hanya Dikenakan Hukuman...

INDIA - Hanya baling kasut sebanyak lima kali. Itu hukuman ringan yang dikenakan...

2 Rakyat Malaysia Pulang...

PUTRAJAYA - Dua daripada 107 individu, yang tiba di tanah air Selasa pagi dari Wuhan,...

Penganjur Mahu Search Mohon...

LAGENDA kumpulan rock tanah air, Search kini bukan sahaja berhadapan dengn konflik bersama...

Masjid Jakim, Jawi Anjur Solat Jenazah Ghaib Buat Ismail Haniyeh

Masjid-masjid bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) diarah menganjurkan solat jenazah ghaib buat pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri agama Mohd Na’im Mokhtar berkata, arahan telah dikeluarkan kepada kedua-dua badan itu.

“Saya kini berada di Kaherah dan arahan telah dibuat.

“Kita dapatkan maklumat dulu. Jika dah dimandikan, saya minta semua Masjid Jakim dan Jawi untuk mengadakan solat ghaib,” dia dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Hamas hari ini mengumumkan pemergian Hamas dan mendakwa berpunca daripada serangan Zionis di kediamannya di Tehran.

Ismail berada di Tehran bagi menghadiri majlis angkat sumpah presiden baru Iran Masoud Pezeshkian.

Israel belum mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu.

Bagaimanapun, seorang menterinya Amichay Eliyahu meraikan kematian itu dengan berkata ia “akan menjadikan dunia ini lebih baik”.


Siapa Ismail?

Pada Mei 2017, Hamas yang mentadbir Gaza, memilih Ismail,54, sebagai pemimpin biro politik, menggantikan Khaled Meshaal.

Dia lahir di kem pelarian di Gaza selepas ibu bapanya lari daripada bandar Asqalan selepas Israel menubuhkan negara pada 1948.

Ismail merupakan graduan dalam bidang sastera Arab daripada Universiti Islam, Gaza.

Pada tahun 1983, di universiti, dia menyertai gerakan Blok Pelajar Islam.

Ismail merengkok dalam penjara Israel pada hujung tahun 1980 dan selamat daripada beberapa cubaan bunuh Israel semasa mendaki tangga kepimpinan Hamas.

Awal tahun ini, Israel telah membunuh tiga orang anaknya dalam serangan di utara Gaza.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori