Friday, October 18, 2024

Creating liberating content

Langkah Tegas Bolehkan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Rata-rata rakyat Malaysia kini menikmati kelajuan Internet lebih pantas hasil...

VIDEO: Comel..! Aksi Anak...

TERLALU comel untuk tidak dikongsikan!Atas sebab itu kami paparkan video menunjukkan keterujaan seekor...

Che Ta Mengamuk Di...

BENGANG dan tidak tahan dituduh enggan membayar cukai oleh seorang netizen di laman...

Misi Menyelamat Pendaki Everest...

Misi mencari dan menyelamat pendaki pekak Muhammad Hawari Hisham yang hilang selepas menakluki...

Mayat Ditemui Terbakar: 3 Didakwa Bunuh Rakan

KAJANG : Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh rakan mereka yang mayatnya ditemui dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor, bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pekerja bengkel, Zulkarnain Md Ariffin, 44; pekerja syarikat elektrik, Muhamad Iqbal Zainal, 30; dan pekerja syarikat elektrik, Syed Fikri Barakbah Syed Mohd Bakri, 28, didakwa membunuh Mohamed Afiq Hamdan, 28, di kawasan rumah di Jalan Hulu Langat, Selangor antara jam 3 pagi hingga 5 pagi 22 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh adalah bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Nurul Hafzan kemudian menetapkan 23 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Semalam, Bernama melaporkan tiga lelaki ditahan pada 11 Julai lalu kerana disyaki membunuh rakan mereka setelah mangsa gagal melunaskan hutang berjumlah RM7,000.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, dipetik berkata siasatan kes berkenaan dilakukan berikutan laporan penemuan mayat dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor pada 23 Jun lalu.

–Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori