Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Foto ‘Gaduh’ Dengan Liza...

Semalam, beberapa blog tempatan telah menyiarkan foto menunjukkan adegan pergaduhan antara Liza Abdullah...

MH370: Saman Boeing, Dakwa...

COLUMBIA (Amerika Syarikat) - Kegagalan elektrik serta masalah lain didakwa antara punca pesawat Malaysia...

Polis Johor Nafi Ada...

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti...

Kempen ‘Mega Mydaftar’ Terima...

PUTRAJAYA - Kempen 'Mega Mydaftar', bagi membantu setiap rakyat berketurunan India yang tidak...

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata langkah diambil berikutan permohonan kerajaan negeri di bawah pentadbiran terdahulu telah ditolak, justeru permohonan baharu perlu dibuat bagi memberi laluan kepada projek Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SMWEZ).

“UNESCO telah mengiktiraf Melaka sebagai sebuah Bandaraya Bersejarah, dengan kawasan yang diiktiraf itu juga meliputi kawasan tambakan laut.

“Pentadbiran terdahulu telah berusaha untuk mendapatkan kelonggaran bagi kawasan di bawah UNESCO untuk dibangunkan namun permohonan terbabit ditolak. Justeru kerajaan kegeri akan membuat permohonan baharu pada tahun ini juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di Seri Negeri hari ini.


Ab Rauf berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) yang ingin tahu status pembangunan di kawasan digazet UNESCO.

Terdahulu, menjawab soalan asal Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) yang bertanyakan status terkini SMWEZ, Ab Rauf berkata kerajaan negeri telah menandatangani perjanjian penambakan laut bersama 29 syarikat konsesi membabitkan kawasan seluas 2,192.38 hektar.

Beliau berkata antara projek berimpak tinggi di SMWEZ ialah pembinaan pelabuhan baharu utara dengan anggaran pelaburan berjumlah RM2 bilion di Tanjung Bruas.

“Selain itu, pembinaan pelabuhan baharu laut dalam selatan di Telok Mas, pembangunan jeti kapal pesiar (Terminal Cruise) di Pulau Melaka dan pembangunan chalet terapung di Pulau Melaka,” katanya.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori