Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Azmin Disindir Cuma Fokus...

SINIS... Datuk Seri Najib Tun Razak persoal kecenderungan 'istimewa' Menteri Hal Ehwal Ekonomi,...

Proton Tawar Diskaun 20%...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd menawarkan diskaun 20 peratus dari jumlah kos...

Lara Alana Punya Kolon...

REZEKI seolah-olah tidak pernah putus untuk si cilik milik pasangan pelakon dan pengacara...

Najib Tiba Di Male...

MALE (Maldives) – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di...

Menjengah Legasi Black Metal Norway Tinggalan Helvete Di Neseblod

PENULIS juga tidak melepaskan peluang keemasan bergambar di sudut paling ikonik di bahagian bawah tanah kedai Neseblod itu sewaktu berkunjung ke Oslo, Norway, baru-baru ini.

BAGI para peminat muzik black metal sejati yang pernah berkunjung ke Oslo, bohong kalau ada yang kata langsung tidak tahu mengenai kedai Helvete yang telah pun wujud di situ sejak 33 tahun yang lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Atau mungkin kerana tidak berminat untuk mengimbau nostalgia di toko muzik yang diasaskan oleh mendiang Oystein Aarseth atau Euronymous itu yang kini dianggap sebagai tempat legenda. Gitaris kumpulan Mayhem itu mati dibunuh dengan kejam oleh vokalis kumpulan Burzum iaitu Varg Vikernes pada 1993.

Ini kerana, kedai yang terletak di 56 Schweigaards di ibu negara Norway itu menjadi lubuk pelbagai jenis produk black metal terutamanya piring hitam (vinyl), cakera padat (CD), kaset, kemeja-t dan aksesori yang berkaitan dengan genre muzik tersebut.

Malah, Helvete yang kini dikenali pula sebagai Neseblod dianggap lokasi ikonik bagi kebanyakan penggemar tegar muzik black metal di seluruh dunia kerana limpahan khazanah serta sejarah silamnya yang masih lagi elok terpelihara buat tatapan umum sehinggalah kini.

Salah seorang daripada dua pemilik Neseblod, Kenneth berkata, terdapat banyak produk yang berkaitan para pemuzik black metal awal di Norway terutamanya kumpulan legenda Mayhem dan Dark Throne, sama ada ia dijual di situ ataupun sekadar dijadikan sebagai artifak hiasan untuk dihayati oleh para pengunjungnya.

PINTU masuk ke kedai Neseblod ini agak kecil tetapi ia memuatkan khazanah muzik black metal yang amat besar di dalamnya.

“Kedai ini juga seolah-olah telah menjadi ‘muzium’ buat para peminat yang mahu mengetahui tentang sejarah perkembangan awal muzik black metal di Norway pada awal tahun 1990-an. Walaupun sebahagian ruang di bawah tanah kedai ini telah terbakar pada 9 April yang lepas, tetapi banyak khazanah yang sempat diselamatkan,” katanya kepada My News Hub semasa ditemui di Neseblod, Oslo, baru-baru ini.

Selain Mayhem dan Dark Throne, Emperor, Satyricon, Burzum, Immortal, Gorgoroth, 1349, Ulver, Enslaved, Carpathian Forest, Dimmu Borgir, Limbonic Art, Arcturus, Zyklon-B, Thou Shalt Suffer, Aura Noir, Ragnarok, Kampfar, Troll dan Taake pula antara nama kumpulan black metal tersohor Norway yang juga mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Dikatakan ramai pemuzik black metal di negara yang hanya mempunyai seramai 5.5 juta penduduk itu pernah melepak dan bergambar di Helvete pada era awal 1990-an terutamanya di bahagian sudut bawah tanah kedai tersebut.

Malahan, mural dengan contengan perkataan ‘Black Metal’ yang tertulis pada salah satu sudut dinding di situ juga masih lagi boleh dilihat sehinggalah ke saat ini.

Pihak Neseblod memberi kebenaran kepada para pengunjung untuk bergambar di sudut yang bersejarah itu sebagai tanda kenang-kenangan. Turut disediakan adalah sebuah buku khas yang boleh ditandatangani oleh setiap pelawat sebagai bukti mereka pernah datang ke situ.

CD album Dark Throne berjudul ‘A Blaze In The Northern Sky’ cetakan pertama dengan ditandatangani sendiri oleh Fenriz ini dijual dengan harga 5500 Kroner atau lebih kurang RM2,750.

Justeru, penulis turut tidak melepaskan peluang melawat dan bergambar sambil membeli-belah di Neseblod beberapa kali sepanjang hampir dua minggu berada di Oslo yang mempunyai populasi 1.1 juta penduduk itu meskipun kebanyakan barangan terutamanya vintaj dijual dengan harga yang agak mahal.


Sebagai contoh, sehelai kemeja-t vintaj kumpulan Ulver dijual dengan harga 6,000 Kroner (kira-kira RM3,000) dan sekeping CD Dark Throne yang berjudul A Blaze In The Northern Sky yang ditandatangani oleh pemain dramnya, Fenriz pula berharga 5,500 Kroner (RM2,750)!

Terdapat ribuan lagi vinyl, CD serta kemeja-t yang djual mahupun hanya sekadar dipamerkan di situ. Keadaan itu menjadikan ruang kedai menjadi sempit. Kesemua barangan itu diletakkan di merata-rata tempat termasuklah di dinding-dinding dan juga di bahagian atas siling kedai tersebut.

Ekoran kesempitan ruang ditambah dengan timbunan pelbagai jenis barangan, silap haribulan para pengunjung boleh terpijak, apatah lagi apabila ia diletakkan berselerakan di celah-celah bahagian tepi dan bawah rak yang menempatkan vinyl dan CD.

Suasana di Neseblod menjadi bertambah sesak apabila ia dikunjungi oleh para peminat yang datang secara bertali arus secara serentak pada satu-satu masa terutamanya pada hujung minggu.

KELIHATAN pemilik Katakomben Records (tengah) sedang melayan dua rakannya, Tor Arne Fallingen dan Tonje M Bugge (kanan) sewaktu berkunjung ke kedai tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan ruang di bawah tanah kedai itu turut memuatkan sebahagian lagi barangan tersebut. Namun, di bahagian bawah tanah ini ia lebih banyak menempatkan barangan peribadi peninggalan mendiang Euronymous dan Mayhem.

Antaranya poster, lukisan, plak album, vinyl, gambar, dokumen, surat dan juga kostum yang pernah Mayhem gunakan sewaktu era awal penubuhan kumpulan itu lebih tiga dekad yang lalu.

Neseblod dibuka setiap Isnin hingga Sabtu dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan ia ditutup pada hari Ahad. Demi untuk kepuasan, adalah disarankan datang awal kerana sejam dua tidak mencukupi untuk meneliti kesemua barangan yang terdapat di kedai dengan dua orang pekerja ini.

Selain Neseblod, Rakk & Ralls pula antara kedai muzik terbesar di Oslo yang juga wajar dikunjungi oleh para ‘penyelam’ barangan muzik dalam bentuk fizikal terutamanya vinyl. Ini kerana, kedai yang terletak di Stortingsgata 8, Oslo ini menjual banyak CD dan vinyl terpakai dengan harga yang berpatutan.

KEMEJA-T vintaj terpakai lagi lusuh daripada kumpulan black metal Ulver ini dijual dengan harga mencecah RM3,000 sehelai!

Di samping dua kedai itu, Katakomben Records yang terletak di Yongstorget 6 di Oslo juga antara lokasi yang tidak rugi untuk dikunjungi kerana ia sebuah kedai yang menjual 100 peratus barangan yang berteraskan muzik metal. Harganya juga amat berpatutan meskipun saiznya lebih kecil berbanding dua kedai tersebut.

Kesimpulannya, buat para peminat muzik black metal rugi jika tidak menjejakkan kaki di Neseblod jika ada kesempatan. Sebabnya, peluang itu bukan sahaja mampu menggamit keghairahan halwa telinga para peminat, tetapi tempat ikonik ini juga akan mengimbau nostalgia dengan pelbagai khazanah serta sejarah silamnya yang tersendiri.

-Oleh ABDUL AZIZ ITAR

2 KOMEN

  1. Its like you read my mind You appear to know so much about this like you wrote the book in it or something I think that you can do with a few pics to drive the message home a little bit but other than that this is fantastic blog A great read Ill certainly be back

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori