Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kes Malaria Monyet Bertambah...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak kes Monyet Malaria (dikenali sebagai Malaria Knowlesi) dikesan...

Wanita Buat Pembedahan Plastik,...

HAI pelik-pelik je orang zaman sekarang.Dah elok-elok ada dua payudara, ditambahnya jadi tiga.Seorang...

Waspada Penjenayah Menyamar Pekerja...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap...

Najib Hadiah Jam Tangan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini...

Menteri Guna Jentera Kerajaan Ketika Kempen Pilihan Raya Akan Dikenakan Tindakan Disiplin

Kuala Lumpur : Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya diadakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Beliau yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan itu kerana ia adalah keputusan Jemaah Menteri supaya mana-mana menteri, penjawat awam mahupun agensi kerajaan untuk tidak menggunakan jentera kerajaan sebaik selepas hari penamaan calon.

“Ini kerana ada kaitan dengan prinsip yang kita bawa ini (membanteras rasuah), budaya rasuah yang kita tidak mahu diteruskan tetapi kalau umpamanya penerusan projek sebelum (hari) penamaan calon (sesuatu pilihan raya) saya tidak fikir ia perlu dibangkitkan.

“Kalau ada pelanggaran ini tentunya Jemaah Menteri harus mengambil tindakan disiplin kerana melanggar keputusan Jemaah Menteri,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menghentikan budaya seperti pelaksanaan pengumuman projek baharu di sesuatu kawasan yang terlibat pilihan raya.

Menjawab soalan asal Awang yang ingin tahu fokus kerajaan dalam usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selaras Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028, Anwar berkata kerangka strategi itu dijangka dibentangkan di sidang Parlimen, esok.

“Ini (NACS 2024-2028) adalah satu kesinambungan yang lalu tetapi ia dimantapkan secara lebih spesifik mengenai apa-apa isu tentang dasar dan strategi pelaksanaan.

“Kita lihat umpamanya, masalahnya ialah penguatkuasaan, dan sebab itu dalam strategi NACS ditekankan lima strategi teras dan ada substrategi dan strategi penguatkuasaan termasuk pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat dan insentif untuk membanteras rasuah ini,” kata Anwar.

Mengenai soalan Awang berhubung pelaksanaan reformasi institusi agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat berfungsi secara telus dan bebas dari campur tangan eksekutif, Anwar berkata suruhanjaya itu akan dikekalkan sebagai badan pemantau bagi hal berkaitan rasuah dan salah laku dalam negara.


Selain itu, peranan sama akan dimainkan jawatankuasa sedia ada iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dianggotai Ahli Parlimen.

Sementara itu, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak mengarahkan atau mencampuri urusan SPRM dalam tindakan pendakwaan terhadap mana-mana pihak sama ada sebelah kerajaan mahupun pembangkang yang terlibat kes rasuah.

“Tindakan SPRM ini harus didukung dan saya selalu menggesa SPRM supaya bertindak lebih pantas, lebih berani kerana kita sudah terima kenyataan bahawa ia (rasuah) sistemik, sebab itu setiap langkah diambil SPRM itu, saya beri sokongan.

“Tetapi andaian bahawa kita campur itu (adalah) andaian kerana kita warisi sistem yang lama…Ini jadi isu besar apabila jentera kerajaan, termasuk SPRM diperalatkan politik untuk mendera musuh, ini yang kita warisi.

“Ya, SPRM dari semasa ke semasa memaklumkan, tetapi saya tak campur saya tak arahkan, soal nak tohmah silakan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kes berkaitan rasuah dalam kalangan ahli politik sebenarnya tidak banyak, sebaliknya lebih banyak melibatkan syarikat dan penjawat awam.

“Sama ada SPRM pilih suarakan atau melaporkan perkara itu, itu soal mereka, tetapi kalau saya jumpa, saya akan terus gesa (SPRM) ambil tindakan, supaya dalam setahun atau dua tahun ini kita dapat beri mesej jelas supaya bersihkan (banteras rasuah), kalau tidak ia akan menjadi parah,” kata Anwar.

-Harian Metro

2 KOMEN

  1. Nice blog here Also your site loads up very fast What host are you using Can I get your affiliate link to your host I wish my site loaded up as quickly as yours lol

  2. helloI really like your writing so a lot share we keep up a correspondence extra approximately your post on AOL I need an expert in this house to unravel my problem May be that is you Taking a look ahead to see you

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori