Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penyokong Kerajaan Cadang Sidang...

GEORGE TOWN - Seorang wakil rakyat kerajaan hari ini mencadangkan agar persidangan Dewan...

Rumah Timbalan Menteri Sarawak...

KUCHING: Kediaman Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek),...

Laluan Ke Pos Yum...

SUNGAI SIPUT - Laluan A300, Jalan Utama Pos Beswok yang menghubungkan masyarakat orang...

KDN Tiada Kuasa Sekat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana blog...

Microsoft Sedang Siasat Gangguan Aplikasi Office Dan Cloud

WASHINGTON : Microsoft Corp memaklumkan mereka sedang menyiasat gangguan pada beberapa aplikasi Office dan perkhidmatan Cloud.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Kami sedang menyiasat laporan mengenai isu sambungan kepada perkhidmatan Microsoft di seluruh dunia,” kata syarikat itu dalam kemas kini di laman web untuk memantau kebolehcapaian perkhidmatan Cloud Azure hari ini.

Isu ini juga menjejaskan beberapa perkhidmatan dan ciri Microsoft 365, kata Microsoft dalam satu hantaran di media sosial X pagi ini.

Microsoft 365 merangkumi aplikasi produktiviti biasa seperti Outlook, Word, dan Excel.

Pengguna mungkin tidak dapat mengakses aplikasi itu atau mengalami gangguan atau prestasi yang teruk, kata syarikat itu dalam mesej kepada pelanggan.

Laporan gangguan pada Azure dan Microsoft 365 mula meningkat sejurus selepas jam 7 pagi waktu New York dan aduan meningkat sehingga jam 9.40 pagi, menurut laporan pengguna yang dikumpulkan oleh Downdetector.

Awal bulan ini, kira-kira 8 juta komputer yang menggunakan sistem operasi Windows mengalami kerosakan selepas firma keselamatan siber CrowdStrike Holdings Inc mengeluarkan kemas kini perisian yang cacat.


Selain itu, Microsoft juga sedang menangani kesan daripada siri serangan siber yang mendorong kerajaan AS mengeluarkan amaran tegas yang menggesa perubahan di seluruh syarikat.

Microsoft dijadualkan membentangkan laporan pendapatan mereka hari ini, dengan pelabur meneliti sama ada syarikat itu sudah mula menjana pendapatan daripada pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI)

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Microsoft sedang menyiasat isu akses dan prestasi yang menurun sehingga menjejaskan pelbagai perkhidmatan Microsoft 365.

.”Kami sedang menyiasat isu akses dan prestasi yang menurun dengan pelbagai perkhidmatan dan ciri Microsoft 365,” kata syarikat itu melalui platform X.

Sebelum ini dilaporkan berlaku kegagalan global sistem berasaskan Windows yang mana ini akan menjejaskan pengendali telekomunikasi, bank, dan syarikat penerbangan di seluruh dunia pada 19 Julai.

Syarikat keselamatan siber AS, CrowdStrike, mengesahkan bahawa gangguan global berlaku akibat kemas kini untuk aplikasi keselamatan siber Falcon Sensor bagi sistem operasi Windows Microsoft.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori