Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) digantung parlimen selama tiga hari kerana menggelar RSN Rayer (Harapan-Jelutong) sebagai anti-Islam.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Timbalan spaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor membuat keputusan itu setelah Awang Solahuddin enggan menarik balik kenyataannya itu.
“Saya tak akan tarik balik. Jelutong memang anti-Islam,” katanya mengingkari arahan timbalan speaker.
Awang Solahuddin menggelar Rayer sebagai anti-Islam ketika anggota parlimen DAP itu sedang mengusulkan tindakan terhadapnya, antaranya kerana mengelar enam anggota parlimen Bersatu yang menyokong Anwar sebagai “enam jahanam”.
Bagaimanapun, selepas dibantah Rayer, Awang Solahuddin tetap mempertahankan dirinya dan terus menyerang Rayer dengan berkata anggota parlimen DAP itu membela penjudi di Kedah.
-Malaysia Kini