Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol, Diesel Naik...

KUALA LUMPUR - Harga petrol dan diesel bagi bulan Mac naik 25 sen...

Kastam Miliki Skuad Elit...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini mempunyai skuad elit khas bagi...

Korea Utara Letupkan Resort...

PYONGYANG – Pyongyang meletupkan bahan letupan untuk memusnahkan sebuah resort golf di Gunung...

Tiada Infestasi Tikus Dalam...

RANGKAIAN kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven meminta maaf kepada pelanggan berhubung isu kejadian...

M’sia Kutuk Sekeras-Kerasnya Serangan Berterusan Israel Ke Palestin

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin, termasuk serangan udara pada 13 Julai di kem pelarian al-Mawasi yang meragut banyak nyawa tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan orang yang lain.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Luar juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan serangan keji dan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di kawasan yang ditetapkan oleh Israel sebagai zon selamat untuk rakyat Palestin, menunjukkan pengabaian dan tindakan tidak menghormati nyawa manusia.

“Ia juga bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang antarabangsa.

“Malaysia kekal dengan sokongan teguh terhadap rakyat Palestin dan menolak sekeras-kerasnya keganasan dan kekejaman yang berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel,” menurut kenyataan itu.


Wisma Putra menekankan bahawa keganasan yang berterusan itu secara jelas melanggar Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2735 (2024) yang menyeru untuk menghentikan segera peperangan, melindungi penduduk awam dan memberi akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan di Gaza.

Ia seterusnya menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera dan tegas bagi mengakhiri keganasan Israel dan menuntut pemimpin-pemimpin Israel bertanggungjawab ke atas jenayah tidak berperikemanusiaan itu.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori