Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Upin & Ipin: Keris...

FILEM animasi popular tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les' Copaque...

PPIM Anjur Forum Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menganjurkan Forum Kerjasama Ekonomi...

Galeri Seni Ilham Mamat...

TAPAH - Sebuah galeri seni bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh bagi...

“Kekal Fokus Dan Tenang!”

KUALA LUMPUR - "Kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, perjalanan anak-anak...

Muhyiddin Dapat Sementara Pasport Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara, bagi membolehkan beliau menghadiri majlis graduasi cucunya di London.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Rozina Ayob membenarkan pasport diserahkan kepada bekas perdana menteri itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad memaklumkan, pihaknya tidak membantah permohonan tersebut.

“Pasport diserahkan kepada tertuduh (Muhyiddin) hari ini dan ia perlu dikembalikan semula kepada mahkamah pada 20 Ogos,” kata Rozina.

Terdahulu peguam Datuk Seri K Kumaraendran, yang mewakili Muhyiddin memaklumkan anak guamnya akan bertolak ke London pada 19 Julai dan dijangka kembali ke Malaysia pada 15 Ogos.

Ditanya Rozina mengapa tertuduh mahu mendapatkan pasport awal, peguam itu berkata, ia bagi membolehkan tertuduh mendapatkan pelepasan daripada Jabatan Imigresen terlebih dahulu.

Berdasarkan afidavit sokongon yang menyokong permohonan itu, Muhyiddin berkata beliau dan isterinya akan menghadiri majlis graduasi cucu perempuan sulong mereka pada 23 Julai ini di Royal Festival Hall, Southbank Centre, London.

Muhyiddin berkata, cucunya itu telah berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Sastera cemerlang dengan mendapat kelas pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Pentadbiran Perniagaan) di University of Westminster, London.

“Saya ingin menghadiri majlis graduasi cucu saya kerana ia merupakan sebuah majlis sekali dalam seumur hidup dan saya ingin menyaksikan dan mengiktiraf kejayaan cucu saya.


“Cucu saya juga telah menyatakan hasratnya untuk saya dan isteri saya dapat bersama-sama hadir ke majlis graduasinya, untuk menyaksikan pencapaiannya,” kata Muhyiddin dalam afidavit tersebut.

Pada prosiding sama, Rozina turut menetapkan 30 Ogos ini untuk pendengaran permohonan Muhyiddin bagi menangguhkan kes menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Presiden Bersatu itu, sementara menunggu permohonan semakan keputusan oleh panel hakim diputuskan di Mahkamah Rayuan.

Muhyiddin, 77, sebagai perdana menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Beliau juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac tahun lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. – Bernama

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori