SPRM dan kerajaan menyatakan mereka tidak bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan rompakan oleh dua pegawai dan seorang bekas pegawai SPRM terhadap seorang ahli perniagaan dari China kira-kira tiga tahun lalu.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
SPRM dan kerajaan – yang merupakan defendan keenam dan ketujuh – berkata ini kerana perlakuan itu di luar tugasan mereka dan “atas kapasiti peribadi mereka” terhadap plaintif, Gao Kun.
SPRM dan kerajaan berkata demikian dalam pernyataan pembelaan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, susulan saman yang difailkan Gao berhubung rompakan itu, yang didakwa berlaku pada 10 Disember 2021.
SPRM dan kerajaan juga mendakwa tiga individu tersebut tidak mendapat kebenaran rasmi untuk menggeledah kediaman ahli perniagaan itu yang terletak di Kuala Lumpur.
(Dua pegawai SPRM itu adalah defendan pertama dan ketiga, manakala bekas pegawai defendan kedua).
“Defendan keenam dan ketujuh menegaskan kesalahan dan/atau kecuaian yang dilakukan defendan pertama, kedua dan ketiga adalah tindakan mereka secara peribadi dan di luar skop tugas dan pekerjaan rasmi sebagai pegawai/anggota SPRM,” kata SPRM dan kerajaan dalam dokumen mahkamah yang dilihat Malaysiakini.
Pembelaan itu susulan dakwaan Gao Kun bahawa SPRM dan kerajaan bertanggungjawab di bawah undang-undang sivil terhadap dakwaan salah laku yang dilakukan tiga individu itu.
Pada 14 Mei lalu, Gao memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap ahli PKR MA Thinagaran, isterinya Latha Jothi, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, kerajaan dan SPRM.
Tiga individu yang didakwa melakukan rompakan itu adalah Mohd Fahmee Mohamad Nor, 41, and Muhamad Haffiz Mohd Radzi, 33 dan Azwan Asli, 36.
Dalam pernyataan tuntutannya, Gao Kun antaranya menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, punitif dan ganti rugi lain.
Gao mendakwa Thinagaran dan isterinya memberikan maklumat berkenaan kekayaan dan statusnya kepada Fahmee, Azwan dan Haffiz.
Pada 13 Disember tahun lalu, Haffiz, Fahmee dan Azwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan merompak.
-Malaysia Kini
Wonderful web site Lots of useful info here Im sending it to a few friends ans additionally sharing in delicious And obviously thanks to your effort