Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Tourism Perak Lancar Pakej...

IPOH - Tourism Perak bersama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Perak melancarkan tujuh pakej...

Wanita Tempatan Maut Terjun...

SEORANG wanita tempatan berusia 24 tahun maut selepas dilaporkan terjun dari tingkat 36...

Gadis Dirogol Sambil Kakaknya...

MENGEJUTKAN... Seorang budak perempuan berusia 13 tahun telah dirogol oleh seorang remaja lelaki...

Aksi Pergaduhan Jentolak Seolah-Olah...

NAMPAK seolah-olah adegan filem sci-fi, namun ia benar-benar terjadi. Kejadian yang berlaku di Hebei sebuah...

Pegawai Imigresen, Tiga Lelaki Didakwa Seludup Enam Wanita Vietnam

TAIPING – Seorang pegawai imigresen antara empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Taiping pada Rabu atas pertuduhan menyeludup enam migran wanita warganegara Vietnam, Mac lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Abdul Hadi Mat Din, 42; Teoh Boon Poh, 58; Chua Eng Keong, 47 dan warga Thailand, Sukree Awang, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Noor Ruwena Md Nurdin.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa secara bersama menjalankan penyeludupan migran melibatkan enam wanita iaitu Cu Thi Diem Hang, Le Thi Truc Linh, Dang Thi Huynh Trang, Phan Thi Nhan, Pham Thi Truc Ly dan Nguyen Ai Thi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta berbayar, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di Pengkalan Hulu sekitar jam 11.26 pagi pada 9 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga didenda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nazreen Zabarudin.

Abdul Hadi dan Boon Poh diwakili peguam, Harpal Singh manakala Mohamad Hafiz Jalaludin mewakili Eng Keong manakala Shukree diwakili Muhamad Syah Azlan Abdullah.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

-Sianr Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori