Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Remaja Wanita Kejar Cita...

KLANG - Pelajar Nurmaizatulhana Mohd Ramli terpaksa melalui proses pembelajaran tanpa rakan-rakan perempuan...

Vaksin: Malaysia Perlu Bayar...

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu menjelaskan bayaran pendahuluan dan jaminan perkongsian risiko berjumlah...

Jaguh Ski Air Singapura...

PUTRAJAYA – Peningkatan ketara prestasi ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah baru-baru...

Skim Penyelidikan Sejarawan Perlu...

KUALA LUMPUR – Skim penyelidikan sejarawan tempatan perlu diwujudkan bagi memastikan kesinambungan pelapis...

Peluru Terkena Telinga Kanan Saya – Trump

WASHINGTON : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan terkena tembakan pada telinga kanannya dan beliau dalam keadaan baik, selepas kejadian yang mengakibatkan kematian pada Sabtu semasa perhimpunan kempennya di Pennsylvania, menurut Agensi Anadolu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Sungguh luar biasa tindakan sebegini boleh berlaku di negara kita. Tiada apa yang diketahui mengenai penembak itu buat masa ini, yang kini telah meninggal dunia. Saya ditembak dengan peluru yang menembusi bahagian atas telinga kanan saya.

“Saya segera tahu ada sesuatu yang tidak kena kerana saya mendengar bunyi berdesing, tembakan, dan serta-merta merasakan peluru itu menembusi kulit. Banyak pendarahan berlaku. Jadi, saya menyedari apa yang berlaku,” tulis calon Presiden AS itu di platform media sosialnya, Truth Social.

Menurut rakaman, detik awal kejadian tembakan bermula dengan bunyi tembakan kedengaran. Tidak lama kemudian, Trump dilihat mengangkat tangan ke bahagian kanan kepalanya dengan telinga kanan yang berdarah, ketika beliau dibawa keluar dari pentas di Butler.

Perkhidmatan Rahsia AS dalam kenyataan di X memaklumkan suspek penembak yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah pentas sehingga mencederakan Trump semasa perhimpunan kempennya sudah ditembak mati.

Ketua Komunikasi Perkhidmatan Rahsia AS, Anthony Guglielmi, berkata seorang penonton terbunuh, manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian itu.


Kejadian itu disiasat dan Perkhidmatan Rahsia memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan, AS Lloyd Austin dalam satu kenyataan berkata: “Seluruh Jabatan Pertahanan mengutuk keganasan ini yang sama sekali tidak mempunyai tempat dalam demokrasi kita”.

Bekas Presiden AS, Barack Obama turut menyatakan kecamannya berhubung insiden itu.

“Walaupun kita masih belum mengetahui dengan tepat apa yang berlaku, kita semua harus berasa lega kerana bekas Presiden Trump tidak cedera parah, dan menggunakan masa ini untuk komited semula kepada kesopanan dan rasa hormat dalam politik kita. Michelle dan saya mendoakan agar beliau cepat sembuh,” menurutnya dalam satu kenyataan.

–BERNAMA-ANADOLU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori