Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Anak Jati Terengganu Terajui...

KUALA TERENGGANU - Amir Hakimin Che Razali dari Terengganu dilantik sebagai presiden pertama...

Satu Lorong Di Jambatan...

GEORGE TOWN -  Jambatan Pulau Pinang akan melaksanakan penutupan lorong dan lencongan trafik...

Fenomena Belalai Air Muncul...

DUNGUN : Pengunjung dan penduduk di sekitar Pantai Paka di sini, gempar dengan...

Lagu ‘Jangan Menangis’ Buat...

JANGAN menangis, ini semua ketentuanNya.. Itu adalah bait-bait lirik lagu yang berjudul Jangan...

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Upaya Bakat Jana Komuniti Sejahtera

KELAZIMANNYA konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dianggap masih baharu di Malaysia yang mana tidak ramai tahu bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memang ada menawarkan pelbagai inisiatif menarik berbentuk aktiviti pembelajaran untuk semua lapisan komuniti.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Paling unik, pembelajaran melalui PSH ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak 2002, sehingga tahun lalu, sejumlah 3,615,186 penyertaan komuniti dalam 173,525 program yang dikendalikan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah KPT.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, JPPKK KPT, Wan Marina Wan Mohd Nowalid ketika ditemui bagi mengupas perkembangan PSH di 105 kolej komuniti (KK).

Secara am ujarnya, aktiviti pembelajaran PSH dilaksanakan secara praktikal dengan tujuan memberi pendedahan sebenar dalam pelbagai bidang kemahiran TVET selain memberi nilai tambah melalui peningkatan kemahiran ke arah penjanaan pendapatan.

“Skop PSH di KK lebih dikenali sebagai kursus pendek dalam kalangan komuniti yang dijalankan dengan minimum sehari atau lebih bergantung permintaan komuniti setempat yang bertujuan untuk menambah baik kualiti hidup melalui penjanaan pendapatan,” katanya.

Perancangan program PSH itu juga jelasnya, selari hasrat kerajaan yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran senario ekonomi global sentiasa berubah serta mencabar dan memerlukan pendekatan PSH lebih progresif untuk semua rakyat Malaysia.

Ditanya apa keistimewaan PSH di KK, Wan Marina berkata, penawarannya berkonsepkan inklusif iaitu anyone, anywhere dan anytime yang lebih fleksibel terbuka kepada semua lapisan komuniti tanpa mengira latar belakang peserta waima ada dari kalangan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Tidak ketinggalan ibu tunggal, belia, masyarakat Orang Asli bahkan pelajar tahfiz atau sekolah pondok dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi sekitar KK seluruh Malaysia.

Peserta juga katanya, boleh belajar sama ada terus di premis KK atau mana-mana lokasi bersesuaian mengikut permintaan malahan boleh memilih waktu termasuk hujung minggu mengikut persetujuan dengan pihak KK sekiranya tiada masa pada hari bekerja.


“Demi mengekalkan peranan kami sebagai hab PSH, program yang ditawarkan itu diperkukuhkan lagi menerusi pelbagai pendekatan seperti belajar atas talian yang dapat merentasi dengan institusi lain bagi memenuhi keperluan komuniti kita,” kata Wan Marina.

Pada masa ini ujarnya, JPPKK menyediakan 22 bidang kursus kemahiran TVET secara jangka pendek di KK dengan bidang paling popular ialah katering dan sajian, komputer dan teknologi maklumat, grafik dan multimedia, motivasi dan pembangunan diri serta perniagaan dan keusahawanan.

Institusi itu juga menawarkan 19 program PSH Bermodul yang struktur dengan tempoh lebih panjang dan dibangunkan daripada program sepenuh masa Sijil KK.

Paling ramai sepanjang tahun lepas jelas beliau, iaitu kelompok yang berpendapatan B40 dengan sejumlah 98,317 peserta, diikuti golongan belia (79,577), komuniti warga emas (7,839), kumpulan OKU (4,977), ibu tunggal (3,200) dan masyarakat Orang Asli (764).

Wan Marina juga menceritakan mengenai usaha yang kini digerakkan KPT bersama-sama JPPKK dalam memperkasakan konsep PSH di KK ialah melalui pembelajaran melalui Micro- Credentials bagi memberi peluang pembelajaran yang lebih luas kepada semua lapisan rakyat terutamanya dalam bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ini dapat dilihat menerusi peningkatan hebahan atau promosi melalui wadah media sosial secara proaktif berkongsikan maklumat terkini penawaran kursus PSH yang bakal diadakan selain penganjuran hari terbuka atau karnival PSH dengan penglibatan komuniti.

Menerusi aktiviti sedemikian ujarnya, pihak JPPKK, KPT turut membuat perkongsian siri kisah kejayaan alumni peserta PSH yang berjaya dalam meningkatkan pendapatan mereka selain meningkatkan jalinan kolaborasi antara KK dengan pelbagai agensi awam dan swasta.

Kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai PSH ditawarkan KK, maklumat berkenaan boleh diakses mudah daripada pelbagai medium pada bila-bila masa sahaja antaranya melalui laman sesawang www.mypolycc.edu.my.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori