Tuesday, July 9, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Bebas Tuduhan...

SHAH ALAM - Seorang pemandu lori menangis kegembiraan selepas Mahkamah Tinggi di sini,...

Tak Setuju Ketum Ditanam...

BALIK PULAU - Anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya tidak...

4,006 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 4,006 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul jangkitan wabak berkenaan...

3 Maut, Seorang Cedera...

KUALA LUMPUR - Tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah...

Pengurusan Projek ECER Dapat Teguran Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR : Kelemahan dalam pengurusan projek Sungai Nadi Kehidupan antara satu daripada tiga isu signifikan dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dua isu lain yang turut ditegur dalam laporan itu berkait pengurusan program pemerkasaaan jaringan dan infrastruktur telekomunikasi jalur lebar dan pengurusan projek dan program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Menurut Jabatan Audit Negara, apa yang dibangkitkan dalam laporan itu diklasifikasikan sebagai isu signifikan dalam laporan terbabit.

Dalam laporan itu, Jabatan Audit Negara mengesan terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti, projek dan program kerajaan berpunca pelbagai faktor.

“Ia berpunca daripada pelbagai faktor seperti kurang pemantauan atau penyeliaan oleh pihak berkaitan, ketiadaan penyelarasan antara agensi berkenaan, ketiadaan pangkalan data yang lengkap dan kelemahan dalam polisi atau prosedur kerja.


“Kelemahan ini menyebabkan program, aktiviti dan projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan, kualiti kerja tidak memuaskan, kos meningkat dan kerajaan tidak mendapat nilai faedah wang dibelanjakan,” katanya.

Isu terkandung dalam LKAN 2/2024 Mengenai Aktiviti Kementerian, Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan, iaitu satu daripada dua naskah laporan diterbitkan Jabatan Audit Negara.

Laporan berkenaan mengandungi sembilan pengauditan membabitkan 11 kementerian dengan nilai kos keseluruhan program, projek dan aktiviti diaudit berjumlah RM41.970 bilion.

Skop pengauditan meliputi projek yang dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) hingga RMK12.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori