Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KBS Sah Berita Tular...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengesahkan laporan berita...

Ammar Diturunkan Pangkat Kerana...

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menafikan...

Badan Khas Urus Pengambilan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewujudkan badan khas bagi mengurus pengambilan pekerja asing,persidangan...

Bicara Bela Diri Bung...

KUALA LUMPUR – Prosiding bela diri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya...

Pentauliahan Mikro Bantu Komuniti Luas Akses Pengajian

Pentauliahan Mikro atau lebih dikenali sebagai Micro-Credentials (MC) adalah inisiatif baharu di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Usaha itu sebenarnya selari hasrat JPPKK, KPT memastikan komuniti diberikan kemahiran dalam pelbagai bidang TVET melalui perluasan akses dan juga membuka peluang bagi melanjutkan pengajian secara fleksibel mengikut keperluan.

Khabar gembira tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, JPPKK KPT, Wan Marina Wan Mohd Nowalid ketika ditemui bagi menceritakan lebih lanjut mengenai kursus MC itu yang baharu diperkenalkan kepada komuniti.

“Inisiatif ini bermula dengan projek rintis melibatkan tiga Kolej Komuniti di Johor iaitu Pasir Gudang, Pagoh dan Bandar Penawar serta terbuka kepada semua namun tertakluk syarat program iaitu MC Fesyen dan Pakaian, MC Dandanan Rambut dan MC Teknologi Pembinaan Bangunan. Program MC ini akan diperluaskan dan sedang proses pembangunan kurikulum yang akan ditawarkan dalam tempoh terdekat ” katanya.

Secara am ujar beliau, konsep MC meluaskan akses kepada komuniti yang kurang dan tiada kelayakan mengikuti peluang pengajian melalui MC dan MC juga melayakkan komuniti melanjutkan pengajian bagi meningkatkan kelayakan akademik.

Penawaran MC Kolej Komuniti adalah unik kerana dibangunkan secara pecah kecil mengikut program pengajian akademik peringkat sijil yang diakreditasi untuk laluan individu tidak melepasi syarat minimum kemasukan secara konvensional.

“Modul kursus MC ini disusun dan dipakejkan mengikut kompetensi yang diklusterkan serta membolehkan individu terbabit mengumpulkan sijil untuk mendapatkan kelayakan akademik dan menggalakkan individu untuk mengikuti pengajian melalui kursus bersaiz kecil,” terangnya.


JPPKK malahan sudah menawarkan program pengajian sedia menerusi kaedah pelaksanaan dalam talian, teradun atau bersemuka dengan kadar elemen praktikal adalah sebanyak 70 peratus dan akan diperluaskan kepada kursus MC pada masa akan datang.

“Apa yang pasti, penawaran MC di Kolej Komuniti merupakan langkah untuk memastikan pendidikan melalui PSH terus berkembang dalam usaha menjadikan bidang TVET dapat menerajui kelestarian masa depan bagi memberi peluang kepada setiap golongan komuniti melanjutkan pengajian untuk peningkatan kerjaya dan menjana pendapatan,” kata Wan Marina.

Pada masa yang sama, kursus secara MC membolehkan komuniti yang tercicir melanjutkan pengajian mereka menerusi Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu atau APEL.

Paling menarik, JPPKK juga menawarkan inisiatif perluasan akses secara MC ini kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak layak mengikuti program pengajian sepenuh masa untuk mampu meningkatkan kelayakan akademik.

Kesimpulannya, pemerkasaan PSH menerusi kaedah pembelajaran MC menjadikan Kolej Komuniti mampu melahirkan komuniti berkemahiran dalam pelbagai bidang TVET dan meluaskan akses untuk melebarkan peluang peningkatan kerjaya bagi penambahbaikan kualiti hidup di samping menjana pendapatan komuniti.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori