Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Seram! Peralatan Bersenam Bergerak...

LAMAN Stomp berkongsi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook,...

Kata Azab Duduk Rumah...

SELEPAS isunya teruk dihentam netizen gara-gara haiwan peliharaannya, kali ini jutawan produk kecantikan...

Kadar Rt COVID-19 Turun...

KUALA LUMPUR - Buat pertama kalinya sejak awal April lalu, kadar kebolehjangkitan COVID-19...

Anwar Kekal Calon PM...

DAP menyatakan sehingga kini tiada perubahan terhadap keputusan Pengerusi PH Anwar Ibrahim merupakan...

‘Pergilah Adik… Bermain Dengan Abang Di syurga’

GEORGETOWN : “Pergilah adik… bermain dengan abang di syurga.”

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Demikian bisikan hiba Nurain Hasnorizal, 25, kepada anak bongsunya, Muhammad Luth Syauqi, 2, ketika kanak-kanak itu sedang nazak sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang (HPP), pada jam 1.24 tengah hari tadi.

Pemergian kanak-kanak itu menyusuli abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, yang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital sama, kelmarin, selepas dua beradik itu berada dalam keadaan kritikal akibat memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus pada Ahad lalu.

Nurain berkata, beliau sudah bersedia dengan segala kemungkinan sejak semalam setelah dimaklumkan oleh doktor bahawa mereka tidak meletakkan harapan berikutan keadaan Muhammad Luth yang tiada tindak balas.

Ketika itu, katanya, beliau reda dengan ketentuan-Nya dan berharap semoga anak bongsunya ‘pergi’ dengan mudah.

“Ahli keluarga juga dibenarkan melawat Luth sejak semalam untuk melihatnya kali terakhir. Seperti ketika arwah Akil, saya juga diberikan peluang untuk berada bersama Luth.

“Berulang kali saya menyapu air mata yang mengalir di pipi Luth. Ketika itu, saya membayangkan saat mereka bermain-main di rumah.

“Ketika hayat, mereka gemar bergurau… dan saya membayangkan Akil sedang menarik tangan Luth ke syurga.

“Saya menerima ujian ini dengan reda, dan berharap ia akan menjadi pengajaran kepada orang lain,” katanya ketika ditemui, di sini.

Nurain memaklumkan, jenazah Muhammad Luth dijangka dikebumikan berhampiran pusara abangnya di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, sejurus selesai urusan bedah siasat, hari ini.

“Mereka harta saya di dunia, tiada apa yang dapat menggantikan mereka.


“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan, hanya Allah SWT yang membalasnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang daripada dua beradik yang berada dalam keadaan kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Ahad lalu, meninggal dunia, kelmarin.

Muhammad Akil disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pagi ketika menerima rawatan di HPP, manakala Muhammad Luth masih dirawat di hospital sama ketika itu.

Dalam kejadian Ahad lalu, dua beradik lelaki itu kritikal selepas memakan makanan ringan berupa keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi.

Makanan ringan itu didakwa digantung pada pagar dawai dipasang oleh pemilik kebun, dipercayai untuk tujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman. Difahamkan, lokasi kejadian itu terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Nurain yang mendapati dua anaknya itu muntah dan menggelupur seperti diserang sawan kemudian membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Dua beradik itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang selepas keadaan mereka semakin kritikal.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, dilaporkan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan, iaitu cuai membabitkan bahan beracun.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki direman enam hari hingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan kes itu.

-Berita Harian

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori