Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Selepas 9 Tahun ‘Couple’,...

AKHIRNYA, selepas sembilan tahun bercinta tanpa ikatan rasmi, pasangan pelakon Brad Pitt, 50,...

Exco Kedah Cadang Subjek...

ALOR SETAR – Seorang Anggota Exco kerajaan negeri Kedah hari ini mencadangkan agar...

Hadi Hormat Keputusan PAS...

Melompat lagi pemimpin-pemimpin PAS pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) selepas presiden parti...

QZ8501: Penyelam Harap Dapat...

PANGKALAN BUN - Pasukan penyelam yang ditugaskan untuk mengesan pesawat milik Air Asia...

Presiden NGO Ditahan Disyaki Khalwat

Kuala Lumpur : Presiden sebuah pertubuhan amal ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini, disyaki berkhalwat selepas berdua-duaan dengan seorang wanita di bilik hotel di ibu negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut sumber pihak berkuasa, lelaki berusia lingkungan 40-an itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, aktif mengutip derma bagi mengisi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam ke lapan tahun lalu.

“Dia ditahan sepasukan pegawai Jawi ketika sedang berdua-duaan dengan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.

“Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama dilihat terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, sebelum lelaki tiba kira-kira 2 petang.

“Pasukan penguat kuasa Jawi pula masuk membuat pemeriksaan di bilik terbabit pada 4.45 petang,” katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dan memberikan alasan bertemu wanita itu untuk memberi barang kepadanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, cubaannya gagal dan ditahan pegawai Jawi.

“Lelaki terbabit pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah.

“Lelaki itu juga merupakan antara individu yang lantang bersuara di media sosial dan media massa berhubung isu peperangan Palestin-Israel,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori