Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Raja-Raja Melayu Lindungi Kepentingan...

PUTRAJAYA – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah raja-raja Melayu berada dalam kedudukan...

Video: Suami Pukul Bini...

TINDAKAN seorang lelaki memukul isterinya menggunakan topi keledar di sebuah restoran mencetuskan kemarahan...

Kanak-Kanak Jatuh Sungai Dikuatiri...

TAWAU - Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Taman Rainbow,...

PKR Mahu Anwar Dibenarkan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Protes Ragut 100 Nyawa: Perintah Berkurung Di Bangladesh, Tentera Dikerah

GLOBAL | Kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung seluruh negara dan mengerahkan tentera susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa protes pelajar, umum tentera pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan mengumumkan bahawa tentera akan dikerahkan di ibu kota Dhaka dan daerah-daerah lain.

Lebih daripada 100 orang terkorban dalam protes itu sejak keganasan tercetus pada Selasa. Sekurang-kurangnya 56 kematian dilaporkan pada Jumaat, menurut BBC Bangla yang memetik akhbar Prothom Alo dan The Daily Star.

Berita dari saluran ini dan media tempatan lain tidak dapat diakses dalam talian pada Sabtu, selepas kerajaan memotong sebahagian besar sambungan Internet, telefon dan SMS. Angka korban belum disahkan secara rasmi.

Kedutaan Amerika Syarikat di Bangladesh pada Jumaat melaporkan “ratusan hingga mungkin ribuan cedera.”

Di ibu negara Dhaka, semua perhimpunan dilarang pada Jumaat sehingga diberitahu kelak, lapor Prothom Alo yang memetik polis.


Namun demikian, beberapa protes tetap berlaku. Polis menggunakan bom tangan penggegar, gas pemedih mata dan peluru getah. Penunjuk perasaan membakar kenderaan, kedai dan pejabat, menurut seorang wartawan dpa di lokasi kejadian.

Pada tengah malam Jumaat, wakil pelajar dilaporkan bertemu dengan wakil kerajaan. Tiada maklumat mengenai hasil pertemuan itu diketahui, lapor BBC Bangla.

Pada Sabtu, anggota tentera dilihat berada di jalan-jalan raya. Laman web kerajaan Bangladesh kelihatan digodam. Ia memaparkan mesej: “Berhenti Membunuh Pelajar” dan “Ini bukan lagi protes, ini perang sekarang.”

Demonstrasi itu yang telah berlangsung sejak awal Julai, ditujukan terhadap kemungkinan pengenalan semula sistem kuota lama.

Bernama-

2 KOMEN

  1. helloI like your writing very so much proportion we keep up a correspondence extra approximately your post on AOL I need an expert in this space to unravel my problem May be that is you Taking a look forward to see you

  2. I have read some excellent stuff here Definitely value bookmarking for revisiting I wonder how much effort you put to make the sort of excellent informative website

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori