Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PM Sumbang 12 Ekor...

PEKAN- Sebanyak 12 ekor lembu sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikorbankan...

Cuepacs Harap Cadangan Penubuhan...

LABUAN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap cadangan penubuhan taman...

Keputusan Kerajaan Teruskan ECRL...

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan projek pembinaan Laluan...

Gunung Agung: Keluar Amaran...

JAKARTA - Agensi Bencana Indonesia berkata, pihaknya menaikkan amaran tahap tertinggi iaitu empat...

Pusat Media Olimpik Paris Ditutup Sementara ‘Risiko Letupan’

PARIS : Polis Perancis menutup sementara kawasan sekitar pusat media yang membantu wartawan membuat liputan Sukan Olimpik Paris semalam kerana “risiko letupan.”

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Wartawan dan orang awam dipindahkan namun punca risiko tidak didedahkan, lapor agensi berita Anadolu.

Polis kemudiannya membuka semula kawasan itu kepada pejalan kaki dan akses ke pusat media kembali normal.

Perancis meningkatkan langkah keselamatan untuk mengelakkan sabotaj baharu laluan kereta api.

Menteri Pengangkutan Perancis, Patrice Vergriete memberitahu saluran LCI, selepas serangan khianat menggunakan api pada Jumaat beberapa jam sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik, keselamatan dan pengawasan rangkaian kereta api ditingkatkan.


Vergriete menyatakan lebih 1,000 pekerja dan 250 pegawai keselamatan dikerahkan untuk memantau rangkaian kereta api dan helikopter tentera serta 50 dron digerakkan.

Menurut beliau, pegawai menjangkakan gangguan kepada perkhidmatan kereta api hari ini dan operasi dijangka kembali normal bermula Sabtu.

Beliau berkata siasatan terhadap serangan itu sedang dijalankan dan pelaku masih belum dikenal pasti.

–BERNAMA-ANADOLU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori