Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Bekas PM Disaman...

Kuala Lumpur : Seorang individu memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri Tun...

Kedah Catat Peningkatan 10.1%...

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 10.1 peratus kes demam denggi atau 87...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana 5.4 magnitud melanda utara Halmahera, Indonesia, pada...

Presiden Palestin Gesa PBB...

NEW YORK: Presiden Palestin Mahmoud Abbas, hari ini menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

R&D Lonjak Imej PolyCC Relevan Keperluan Semasa

SELARAS dengan peredaran zaman, penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada masakini bukan sahaja tertumpu kepada syarikat komersial di seluruh dunia semata-mata, tetapi institusi kemahiran latihan teknikal dan pendidikan vokasional (TVET) juga memainkan peranan penting di dalam penyelidikan dan pembangunan.

Seiring dengan cabaran semasa, menuntut semua pusat pengajian tinggi mula lebih kreatif dan terbuka menerima perubahan landskap tenaga kerja yang memiliki budaya R&D berorientasikan permintaan industri.

Justeru, bidang RnD juga menjadi fokus setiap politeknik dan kolej komuniti (PolyCC) di Malaysia agar tidak ketinggalan meneroka ilmu-ilmu baharu bagi menyediakan graduan dengan kemahiran baharu meliputi teknikal serta pengetahuan yang kritikal diperlukan dalam pelbagai sektor di industri dan juga perkhidmatan.

Latihan berterusan dan pembangunan bakat pelapis profesional dijana tenaga pengajar industri sebenarnya dapat memastikan PolyCC tempatan sentiasa cakna dan proaktif mengikuti arus perkembangan terbaharu global dalam bidang R&D yang termaju.

Pada masa sama, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) turut memiliki pelbagai inisiatif atau program bagi menyokong usaha inovasi di institusi TVET antaranya menerusi skim geran yang disalurkan untuk pelajar dan pensyarah mereka.

Langkah proaktif sebegini mampu meningkatkan aktiviti Penyelidikan dan pembangunan inovasi serta pengkomersialan yang dapat memperkukuhkan lagi ekosistem inovasi serta melonjakkan kemahiran bakat seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Ramai mungkin tidak sedar, JPPKK ada menawarkan tiga jenis skim geran TVET gunaan yang meliputi penyelidikan gunaan (tahap kesediaan teknologi dari 1 hingga 3) diikuti pula inovasi gunaan (TRL: 4 hingga 6) dan pengkomersialan gunaan (TRL: 7 hingga 9).

Secara ringkas, kaedah pendanaan di peringkat awal adalah bagi menggalakkan warga PolyCC sentiasa aktif dalam penghasilan prototaip, produk, proses, sistem atau perkhidmatan baharu yang ada potensi besar di pasaran terbuka selain peluang pemindahan teknologi.


Sementara peringkat pertengahan bertujuan pembangunan produk yang berpotensi membantu penyelesaian masalah Komuniti (inovasi sosial) dan industri serta peningkatan sosioekonomi manakala peringkat tinggi pula menumpukan kepada aspek penjanaan pendapatan melalui penjualan atau pengkomersialan.

JPPKK juga melaksanakan inisiatif yang dikenali sebagai ‘TVET Transfer Technology Fourth Industrial Revolution (IR4) yang tidak cuma melahirkan produk atau perkhidmatan baharu, malah menambah nilai ekonomi melalui kerjasama dengan industri setempat dengan mengunapakai teknologi terkini.

Apa yang pasti, segala langkah jangka panjang disusun itu mampu memperhebatkan usaha dan mempromosikan budaya inovasi dan kreativiti pelajar dan pengajar PolyCC untuk membentuk ekosistem R&D berdaya saing serta kekal relevan keperluan semasa.

Ini terbukti melalui pelbagai pertandingan dan pameran dianjurkan JPPKK bersama POLIMAS iaitu International Innovation and Invention Competition Through Exhibition atau Icompex yang sudah bermula pada 2013 berjaya menghimpunkan lebih 5,000 produk.

Tidak ketinggalan Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan atau Perisa yang setiap tahun menjadi wadah terbaik pengintegrasian IR4.0 melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) yang melahirkan modal insan berdaya saing mengharungi era pendigitalan serba canggih.

Paling baharu ialah Intellectual Property Big Stage 2024 yang dianjur bagi meningkatkan pembudayaan kesedaran perlindungan harta intelek dalam kalangan para pelajar PolyCC untuk bijak merancang dan mengurus aktiviti inovasi serta pengkomersialan secara efektif.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori