Friday, October 18, 2024

Creating liberating content

Anak Erra Fazira, Engku...

DI Hollywood, anak Tom Cruise dan bekas isterinya, Katie Holmes, Suri Cruise sering...

Empat Hari Berturut-turut Kes...

PUTRAJAYA ā€“ Jangkitan baharu Covid-19 kekal melepasi angka 20,000 untuk kali keempat tahun...

BJP Pilih Pemimpin Dalit...

NEW DELHI - Parti Bharatiya Janata (BJP) memilih pemimpin Dalit berusia 71 tahun...

BN Rampas Tanjung Piai...

PONTIAN - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Wee Jeck Seng kembali merampas...

Remaja Meninggal Dunia Di Stadium, Tidak Sempat Tonton KDA FC Lawan JDT

ALOR SETAR: Remaja lelaki berusia 18 tahun rebah sebelum meninggal dunia sebelum menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan Johor Darul Takzim (JDT), di Stadium Darul Aman, di sini, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, remaja lelaki itu rebah sewaktu berada di tempat duduk penonton di stadium berkenaan pada jam 7 petang.

“Remaja terbabit datang ke stadium berkenaan bersama adiknya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara KDA FC dan JDT itu dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu berada di tempat duduk penonton sebelum perlawanan bermula.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertugas di stadium untuk membawa remaja berkenaan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

“Sewaktu tiba di Zon Kecemasan HSB, pegawai perubatan kemudian mengesahkan remaja itu sudah pun meninggal dunia.


“Hasil semakan dan temubual terhadap waris mendapati remaja itu adalah seorang pengidap sakit jantung sejak kecil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Salawati berkata, pihak perubatan HSB juga mengesahkan sebab kematian sebagai “Complex Cyanotic Heart Disease” iaitu berkait sakit jantung yang dihidapi.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kematian remaja tersebut pada jam 8.18 malam.

“Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori