Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Faktor Tun M, Melayu,...

KITA akan sama-sama ikuti perkembangan PRK DUN Semenyih Sabtu ini. Ini adalah PRK...

Polis Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Polis menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi...

Tan Sri S.A. Vigneswaran...

KUALA LUMPUR - Tan Sri S. A. Vigneswaran dipilih sebagai Presiden MIC baharu...

Baru Seminggu Operasi, Sudah...

BARU seminggu beroperasi sepenuhnya, namun sudah ada cerita yang tidak enak tentang MRT...

Rogol Anak Kandung, Buruh Dipenjara 30 Tahun Dan 30 Sebatan

Kuala Terengganu : Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 30 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari atas tiga pertuduhan merogol anak kandungnya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga melahirkan bayi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 45 tahun mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun di sebuah rumah di daerah Dungun pada 2022.

Dia didakwa mengulangi kesalahan sama di lokasi sama pada 2023 dan 2024.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan berasingan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 21 Julai lalu dan 30 sebatan.


Bagaimanapun, tertuduh hanya dikenakan 24 sebatan memandangkan Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah hanya membenarkan maksimum hukuman sebatan adalah 24 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rogol anak perempuannya yang terbongkar selepas remaja perempuan itu melahirkan bayi pada 20 Julai lalu.

Suspek ditahan susulan laporan diterima polis selepas mangsa melahirkan bayi perempuan di sebuah klinik kesihatan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori