Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bayi Perempuan Lebam Disyaki...

ALOR SETAR - Seorang bayi perempuan 10 bulan mengalami lebam pada bahagian pipi...

Satu Kes Terbaru Rabies...

KUCHING – Satu kes baru virus rabies atau penyakit anjing gila dikesan di...

Afif Merendah Diri, Tak...

AHMAD Afif Amran menjelaskan dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang perebutan takhta keseluruhan...

‘Jiwa Kacau’ Di Media...

KUALA LUMPUR - Jika diamati komen warganet berhubung tulisan atau gambar yang dipaparkan...

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu dimaklumkan baginda melalui Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang membuat hantaran di Facebook pagi ini.

“Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail menitahkan saya memaklumkan bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan,” katanya ringkas.

Pada 2 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar membentangkan tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ia merangkumi RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

RUU Mufti antaranya memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.

Ia juga mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah, Al-Maturidiah dan fiqh Mazhab Syafie dengan meraikan tiga mazhab lain.


Sementara itu Presiden PAS Abdul Hadi Awang berpendapat RUU Mufti Wilayah Persekutuan itu perlu dikaji secara mendalam terlebih dahulu.

Menurutnya, langkah itu penting berikutan terdapat berpuluh-puluh mazhab dalam Islam dan tidak ada mana-mana ulama muktabar membenarkan aliran mereka diisytihar sebagai agama negara.

“Pada pandangan saya, semua ulama tidak membenarkan mazhab mereka diisytiharkan sebagai agama negara, sama ada Imam Malik, Imam Syafie mahupun Imam Hambali.

“Hanya Islam yang menjadi agama negara, hanya Islam yang menjadi agama negara,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam, di Kota Bharu, malam tadi.

Untuk rekod perkara empat RUU tersebut mentakrifkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah, fikah Mazhab Syafie dengan meraikan tiga Mazhab yang lain, dan tasawuf Imam Ghazali dan Imam Junaid.

Terdahulu Mohd Asri dilaporkan berkata tidak wajar untuk kerajaan meluluskan sebarang perundangan yang “membelenggu pemikiran rakyat, merampas kebebasan berfikir dan akademik atas nama agama”.

-Malaysia Kini

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori