Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Selangor Nafi Dakwaan Cubaan...

Kerajaan negeri Selangor menafikan tuduhan tidak berasas segelintir pihak yang cuba memburukkan usaha...

PR1MA Tawar Lebih 30k...

KOTA KINABALU - Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) menawarkan sebanyak 30,155 unit rumah mampu...

Media Tertipu, Sidang Media...

HAMPIR 50 petugas media yang sejak pagi tadi berhimpun di ibu pejabat Parti Islam...

Syed Zaid Albar Dilantik...

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Syed Zaid...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus pada 2023, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.6 peratus pada tahun lalu dengan nilai ditambah berjumlah RM1.6 trilion.

Empat negeri mengatasi pertumbuhan di peringkat nasional tahun lalu iaitu Selangor yang berkembang 5.4 peratus, Pahang (5.2 peratus), Johor (4.1 peratus) dan Kuala Lumpur (3.7 peratus).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata prestasi ekonomi Selangor, Pahang dan Johor dipacu oleh sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan.

Beliau berkata, bagi Selangor dan Johor, sektor perkhidmatan masing-masing berkembang sebanyak 6.1 peratus dan 5.4 peratus didorong pertumbuhan subsektor utiliti, pengangkutan & penyimpanan dan maklumat & komunikasi. Manakala bagi Pahang, katanya pengembangan sektor ini sebanyak 6.0 peratus disokong oleh perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan.

“Pengembangan sektor pembuatan sebanyak 2.0 peratus di Selangor pula disebabkan pertumbuhan subsektor peralatan pengangkutan, pembuatan lain dan pembaikan (6.2 peratus) serta produk minyak & lemak daripada sayuran & haiwan dan pemprosesan makanan (10.3 peratus).

“Bagi Johor, sektor pembuatannya meningkat 2.8 peratus didorong pertumbuhan produk elektrik, elektronik dan optikal (2.9 peratus) manakala di Pahang, pertumbuhan 6.7 peratus bagi produk petroleum, kimia, getah dan plastik telah menyumbang kenaikan 2.1 peratus bagi sektor pembuatan negeri ini.

“Sementara itu, pengembangan ekonomi Kuala Lumpur sebanyak 3.7 peratus dipacu oleh sektor perkhidmatan yang merupakan tonggak utama ekonomi negeri ini. Sektor ini bertumbuh 4.9 peratus, disokong perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Mohd Uzir berkata, Sarawak mengekalkan kedudukannya sebagai penyumbang keempat tertinggi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, bertumbuh 1.2 peratus pada tahun 2023.

Beliau berkata, sektor perkhidmatan negeri ini meningkat kukuh 5.4 peratus, mengatasi pertumbuhan sektor perkhidmatan nasional.

Sementara itu, katanya sektor pembuatan yang merupakan penyumbang kedua tertinggi ekonomi Sarawak merosot 3.9 peratus disebabkan penyusutan produk petroleum, kimia, getah dan plastik sebanyak4.6 peratus terutama melibatkan produk petroleum bertapis.

“Ini selari dengan kemerosotan pengeluaran minyak mentah & kondensat serta gas asli masing-masing 2.3 peratus dan 1.1 peratus menyebabkan kejatuhan keseluruhan sektor perlombongan & pengkuarian Sarawak kepada 1.0 peratus, sekali gus memperlahankan KDNK Sarawak pada tahun 2023,” katanya.

Beralih ke KDNK perkapita, Mohd Uzir berkata bahawa nilai KDNK perkapita nasional pada tahun 2023 adalah RM54,612.

Katanya, bagi prestasi mengikut negeri, lima negeri merekodkan nilai KDNK perkapita melebihi paras nasional iaitu Kuala Lumpur (RM131,038), Labuan (RM83,596), Pulau Pinang (RM72,586), Sarawak (RM72,411) dan Selangor (RM62,492).

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori