Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Agong Tiba Di United...

LONDON - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Remaja Mencuri Di Victoria’s...

TIONA Rodroguez, 18, pada mulanya ditangkap kerana 'kantoi' mencuri di butik Victoria's Secret...

Iflix Jangka Mengubah Landskap...

KUALA LUMPUR - iflix, perkhidmatan TV Internet yang baru dilancarkan di Malaysia, dan...

Dasar Gaji Minimum Mampu...

KOTA KINABALU - Pelaksanaan dasar gaji minimum yang berkuat kuasa 1 Julai lalu,...

Setiausaha Syarikat Perladangan Tak Mengaku Guna Dokumen Palsu

Johor Bahru : Seorang setiausaha sebuah syarikat perladangan kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memalsukan dokumen berhubung syarikatnya, tiga tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Muhammad Hizafiq Harryzan, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan curangnya menggunakan dokumen sebagai tulen iaitu Ketetapan Beredar Ahli Lembaga Pengarah Jismil Plantation Sdn Bhd berhubung Cadangan Bayaran Dividen Dengan Kadar 82.06 peratus sebanyak RM3,818,227.50 bagi tahun berakhir 31 Mei 2021; Cadangan Bayaran Elaun Pengarah bagi tahun berakhir 31 Mei 2021 dan Cadangan Bayaran Insentif kepada Setiausaha Syarikat dan Pegawai Akaun bagi tahun berakhir 31 Mei 2021.

Tertuduh didakwa kerana mempunyai sebab untuk percaya bahawa dokumen itu adalah palsu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jismil Plantation Sdn Bhd di Jalan Bukit Timbalan di sini, antara Ogos hingga Disember 2021.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Zahida Muhammad Ruzi mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di Pejabat SPRM Johor Bahru dan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah jika ada.

Bagaimanapun, peguam R Subash yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan itu dikurangkan kerana anak guamnya sentiasa memberikan kerjasama kepada SPRM sepanjang siasatan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta dua lagi syarat tambahan seperti yang dicadangkan pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 3 September depan.

-Harian Metro

2 KOMEN

  1. I loved as much as you will receive carried out right here The sketch is tasteful your authored subject matter stylish nonetheless you command get got an edginess over that you wish be delivering the following unwell unquestionably come further formerly again as exactly the same nearly very often inside case you shield this hike

  2. Wonderful beat I wish to apprentice while you amend your web site how could i subscribe for a blog web site The account aided me a acceptable deal I had been a little bit acquainted of this your broadcast provided bright clear idea

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori